Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 15, 2013

Akhirnya Lajim Ketua Pembangkang DUN Sabah

Sabtu Jun 15, 2013
Pembangkang Pilih Lajim Sebagai Ketua Pembangkang Negeri
Lajim Ukin.
KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kilas, Datuk Seri Lajim Ukin sudah bersedia untuk menjadi pemimpin pembangkang negeri di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Roland Chia berkata Lajim menang dalam proses pemilihan dalaman di kalangan ahli-ahli pembangkang.
Menurutnya proses pemilihan itu telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpah Anggota DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah di Likas, dekat sini, pada 13 Jun lepas.
"Seperti dinyatakan oleh Speaker (Datuk Seri Salleh Tun Said), bahawa pelantikan ketua pembangkang di DUN Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan negeri atau peraturan mesyuarat DUN Negeri.
"Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menentukan pemimpin pembangkang kami di DUN negeri menerusi kaedah pemilihan konvensional.
"Hari ini (Sabtu), saya ingin mengumumkan bahawa Lajim disyorkan sebagai Ketua Pembangkang," katanya kepada pemberita di sini.
Turut hadir ialah Lajim dan ADUN Api-Api Christina Liew.
Chia juga turut mengumumkan Liew sebagai 'whip' PKR di Sabah.
Whip berperanan menguatkuasakan disiplin parti dan memastikan kehadiran wakil rakyat dari parti itu pada persidangan DUN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.
Sesi pertama persidangan DUN ke-13 dijadual dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Isnin ini. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa