Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 13, 2013

Perbincangan Kerajaan Perpaduang Bukan Saja PAS-UMNO Tetapi PKR Terlibat Sama?


[AKadirjasin] CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.

Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.

Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.

Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan – Negara Islam dan Hukum Hudud – apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan” di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.

Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.

Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka.

Di Terengganu pula, kepemimpinan PAS negeri dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu.

Di Kelantan pun angin perubahan dikatakan telah mula bertiup berikutan pengunduran diri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Yakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, telah melawat Kelantan dan menemui Ahmad(lihat di sini).

Hatta di Kedah pun ada cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

Tanpa menolak persaingan politik dan perbezaan ideologi, adalah satu petanda baik bahawa kini muncul pemimpin tertentu dalam parti-parti yang mewakili atau yang mempunyai banyak penyokong Melayu-Islam yang mula memberikan perhatian serius kepada isu perpaduan Melayu-Islam.

Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.

Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam. Wallahualam

P/s: Kalau dahulu, selepas PRU12, agenda perpaduan ini hanya melibatkan PAS dan UMNO, kini selepas PRU13, sudah melibatkan Melayu PKR. Nama Azmin timbul dalam hal ini.

Agak mengejutkan, bukan?

Pengkhianatan terhadap semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dengan memainkan sentimen Melayu dan Islam.

Kononnya!

Biarlah blogger lain yang memperincikan hal ini.

Dalam tulisan Pak Kadir tadi dinyatakan bahawa "Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan. Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam."

Benarkah kuasa politik Melayu dan Islam terancam terutamanya di negeri yang diperintah PR? Cuba selidik faedah yang dinikmati oleh orang islam di Pulau Pinang. Adakah selama BN memerintah kuasa Melayu dan Islam tidak terancam? Bukankah Perlembagaan menjamin hak Melayu dan pemimpin bukan Melayu sendiri mempertahankan hak-hak tersebut.

Soalannya jika Melayu lemah dalam politik dan ekonomi, salah siapa?

Cuba hayati kata-kata Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir: "Kuasa sebenarnya di negara ini sejak Merdeka adalah di tangan pemimpin Bumiputera. Oleh itu, janganlah kita persalahkan orang Cina atau parti politik berasaskan kaum Cina di atas kegagalan pemimpin kita sendiri untuk meletakkan kedudukan sosioekonomi Bumiputera pada tempat yang seadil dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini"

Siapa pula yang menjual maruah dan hak Melayu?

Cuba hayati kata-kata Ketua Pemuda PAS ini "Negara memiliki 3 juta hektar Rizab Tanah Melayu pada tahun 1957. Pada tahun 1995, Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. [ 1.3 juta hektar atau 43 % Rizab Tanah Melayu hilang dalam tempoh 38 tahun] Kini, pada tahun 2012, agaknya berapa hektar lagi Rizab Tanah Melayu yang tinggal? Mengapa kerajaan UMNO dan BN yang diamanahkan memimpin dan mentadbirkan negara tidak menjaga dan memeliharanya.?" 

Rasanya tidak perlu dijelaskan lagi.

Jadi perlukah Pas dan PKR berpadu dengan mereka kononnya untuk selamatkan Melayu dan Islam?

2 comments:

  1. Kalau mereke mahu berpadu..kan lebih senang masuk umno.kenapa perlu jadi pengkianat pada yang mengundi mereka.

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Cerita perpaduang melayu dan islam ini adalah jerat maut yang sengaja dipasang oleh UMNO Baru bagi melanjutkan hayatnya yang sudah bergantung kepada life support machine. UMNO Baru hari ini sedang berada di dalam CCU(Critical Care Unit) dalam keadaan bangkai bernyawa je.

    Tetapi masih ada orang-orang yang "tamak haloba"( perkataan ini sengaja dipilih) yang masih terpesona dengan janji-janji bangkai bernyawa ini. Tawaran ini ibarat macam perjanjian syaitan ( devil's pact)- dalam cerita seram.

    Tentang puak-puak dari PKR yang membuat perjanjian sulit dengan UMNO untuk menubuhkan UG ni tak perlu diulas kerana mereka adalah dari klon yang sama.

    Yang paling menyedihkan ialah puak-puak kerajaang perpaduang di dalam PAS. Pertama-tama pemimpin-pemimpin puak ini kebanyakannya dari PAS Terengganu yang pernah menikmati nikmat memegang kuasa selama sepenggal selepas PRU 11 dulu. Tetapi malang, tak sempat puas menikmati nikmat tersebut, tampuk kuasa telah hilang. Jadi dok mengidam dan termimpi-mimpilah dengan nikmat yang telah terlepas.

    Kasar bunyinya kan. tetapi apakah alasan-alasan baik berbentuk hujah logik maupun berdasarkan nas Al-Quraan atau Hadis yang menyokong kerjasama dengan UMNO Baru yang ada hari in yang menjadi ibu kepada segala masaalah negara termasuk nasib orang melayu dan nasib islam itu sendiri. Mengikut A Kdir jasin, Presiden PAS sendiri pun dah terkena dengan manderam bangkai bernyawa bernama UMNO Baru ni....Ini kira kes berat nih!

    Satu perkara kita kena faham, kesemua pemimpin-pemimpin UG dalam PAS hari ini adalah nobody di dalam PAS semasa PAS menyertai BN dulu kecuali Cikgu Pa. Mereka tidak tahu dan faham bagaimana PAS diainaya sehingga ditendang keluar dari BN akibat permainan politik jahat Mahathir yang menjadi TPM masa tu.

    Haji Hadi dalam tahun 1976 baru sahaja balik dari Mesir.Dia masa tu bekerja sebagai mubaligh dengan JHEAT, belum masok PAS lagi pun kalau tak silap ambo. Maso tu dia menjadi penceramah JHEAT yang paling popular di Ganu. Ambo tahu sebab ambo masa tu dok ngaji skoloh sains Ganu di gong Badok dalam tingkatang 1!...hahaha.

    Ambo tak faham betul...apa alasan mereka nak berkerjasama sangat2 dengan UMNO ni? Hari-hari UMNO dok nak hancurkan PAS walaupun dalam masa yang sama cuba memujuk PAS untuk bekerjasama. Sejak zaman berzaman, UMNO menindas, mendera, menafikan hak orang-orang PAS sebagai orang melayu dan Islam. Tak faham..tak faham aku mengapa.

    Aku kenak UMNO Baru dan aku juga kenal PAS. Aku mengikuti perkembangan TGHH, Ustaz Haron Taib, Cikgu Pa sejak aku tinkatang satu lagi. Itu yang buat aku heran macamana boleh terpesona dengan tipu muslihat UMNO Baru ni. Setakat ini, TGHH ataupun Ustaz Haron taib tak bagipun hujah syarie mengapa nak berUG dengan UMNO.
    Baru senang nak bantai balik geng-geng tamak haloba harta dunia ni...

    bat8

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa