Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 15, 2013

AS Mula Campur Tangan Secara Lansung Di Syria?

Di Iraq kononnya kerana senjata pemusnah- Saddam tumbang
Di Libya juga wujudkan zon larangan terbang- Gadhafi tumbang
Kini di Syria pula akan wujun zon larangan terbang - adakah Basar juga akan tumbang?
AS tawar RM156 juta wujudkan zon larang terbang
14 Jun 2013
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia terhadap pasukan pemberontak dan seterusnya mencadangkan zon larangan terbang ke negara itu.

Penggunaan senjata seperti agen saraf sarin disifatkan melanggar garis merah yang mencetuskan penglibatan AS dalam krisis Syria.

Menurut Wall Street Journal, White House kini sedang menimbang untuk menyumbang sebanyak AS$ 50 juta (RM 156 juta) sehari bagi menguatkuasan zon larangan terbang.

Cadangan itu termasuk mahu melengkapkan pasukan pembangkang yang boleh bergantung kepada zon larangan terbang yang akan melindungi rejim pembangkang dari diserang pesawat dari Syria.

Sumber memberitahu, situasi boleh bertukar bahaya jika melatih pemberontak tanpa zon larangan terbang ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa