Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, 15 Jun 2013
Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah?
Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.
Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat.
Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?
Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah.
Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham-faham. Calon-calon UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calon-calon UMNO.
Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calon-calon UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini.
Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calon UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO.
Faktanya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggulah.
Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima keangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO.
Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO distrukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang di atas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO.
Dalam kawasan yang tidak ditandingi oleh calon UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN. Kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calon MCA (menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong calonn MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira-kira-kira 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000.
Wal hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara langsung dan tidak langsung (melalui sekutu-sekutu BN) ialah 3.2 juta. 3.2 juta sama jumlahnya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO.
Setelah belanja berbilion ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutamanya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1 juta sahaja pengundi Melayu.
Ringkasan keputusan PRU13- data terpilih.
PARTI
|
UNDI(JUTA)
|
% UNDI
|
KERUSI
|
%KERUSI
|
BARISAN NASIONAL
|
5.24
|
47.4
|
133
|
59.9
|
UMNO
|
3.24
|
29.32
|
88
|
39.64
|
PUBB
|
0.23
|
2.10
|
14
|
6.31
|
MCA
|
0.89
|
8.14
|
7
|
3.15
|
PRS(swak)
|
0.06
|
0.54
|
6
|
2.7
|
MIC
|
0.29
|
2.64
|
4
|
1.8
|
Pakatan Rakyat
|
5.62
|
50.88
|
89
|
40.09
|
DAP
|
1.74
|
15.71
|
38
|
17.12
|
PKR
|
2.25
|
20.39
|
30
|
13.5
|
PAS
|
1.63
|
14.77
|
21
|
9.46
|
TOTAL
|
11.27
|
100
|
222
|
100
|
Sumber: SPR
Kalau MIC, PBB dan yang lain-lain tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikans perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga dirinya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM.
Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO. - http://sakmongkol.blogspot.com
Tulisan di atas dipetik daripada blog penulis. Beliau ialah Ahli Parlimen Raub.
Kalau pemimpin UMNO kehilangan kuasa, boleh ditamsilkan seperti kehilangan nyawa dan keluarga. Hidup mereka terlalu mewah dengan kuasa dan kekayaan yang diberi mandat oleh rakyat. Mereka bukannya tahu berniaga seperti bangsa Cina, hanya mereka tahu ambil komisen dan rasuah untuk sesuatu projek juta-juta maka yang untung adalah bangsa lain juga yang pandai merasuah pemimpin UMNO yang haramjadah ini. Yang pemimpin UMNO benar-benar pandai adalah memanipulasi dan menipu bangsa Melayu dari dahulu, kini dan selamanya. Hampir semua pemimpin UMNO boleh dipanggil sebagai "Mr. Bean" aje.
ReplyDeleteAbe,
ReplyDeleteSebelum kita, orang melayu menjawab pertanyaan diatas, diminta setiap dari kita merenung fakta dibawah mengenai kejayaan perjuangan UMNO lama dan UMNO Baru memartabatkan bangsa melayu :
FAKTA 1
"Setelah 56 tahun merdeka, mengikut statistik kerajaan menunjukkan 40% rakyat negara ini berpendapatan RM 1,500.00 ATAU KURANG SEBULAN!
Dari 40% ini, 75% atau 8.5 JUTA ADALAH ORANG MELAYU.JUMLAH KESELURUHAN ORANG MELAYU ADALAH 19 JUTA....INI BERMAKNA :
i. Dari 10 orang yang berpendapatan RM 1500 atau kurang sebulan - 7.5 ORANG ADALAH ORANG MELAYU!! MAAKNANYA 3 ORANG LAGI ADALAH KAUM CINA, INDIA, IBAN, MELANAU, ORANG ASLI DLL.
ii. 75% atau 8.5 juta adalah orang melayu BERMAKSUD 1/2 DARI ORANG MELAYU DI NEGARA INI BERPENDAPATAN RM 1,500 AATAU KURANG SEBULAN.
Tanya diri kita masing-masing, mampukah sebuah keluarga melayu ( biasanya kita ambil 5 orang satu isirumah) menjalani kehidupan yang sempurna dan mampu memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka di zaman barang serba mahal tanpa kawalan?
Kedua, kerajaan menetapkan pendapatan RM 760 atau kurang sebulan sebagai paras kemiskinan bagi semenanjung malaysia.DARI 8.5 JUTA ORANG MELAYU YANG DINYATAKAN DIATAS, BERAPA RAMAIKAH ATAU BERAPA JUTAKAH YANG BERADA PADA PARAS PENDAPATAN INI?
FAKTA 2
90% penerima BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 adalah terdiri dari orang melayu. Maknanya, dari 10 orang penerima, 9 adalah orang melayu dan 1 orang dari pelbagai kaum-kaum lain yang terdapat di negara kita.
Soklan cepumas yang saya nak tanya - setelah UMNO ( lama dan Baru) dok berjuang untuk memartabatkan orang melayu, setelah 6 orang PM adalah orang melayu, sebahagian besar menteri-menteri kabinet terdiri dari orang melayu - ORANG MELAYU SEKARANG INI MISKIN KE KAYA RAYA SEPERTI UMNO DOK JAJA?
FAKTA 3
TENGOK DAN BANDINGAN DENGAN KEDUDUKAN-KEDUDUKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DARI PERINGKAT CAWANGAN HINGGA KEPADA MENTERI-MENTERI SERTA KAUM KELUARGA MEREKA - ADAKAH MEREKA MISKIN SEPERTI FAKTA 1 DN 2 DIATAS ATAU TIDAK?
-------------
Setelah kita boleh jawab dan menjawab soalan kemukakan dalam FAKTA 3, maka barulah kita boleh cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh artikel ini:D
bat8
My programmer is trying to persuade me to move to .net from PHP.
ReplyDeleteI let have sex always
disliked the idea because of the costs. But he's tryiong none the less.
I've been using Movable-type on various websites for about a year
and am nervous about switching to another platform.
I have heard very good things about blogengine.net.
Is there a way I can transfer all my wordpress content into
it? Any help would be really appreciated!
Oh my goodness! Awesome article dude! Many thanks, However I am encountering difficulties
ReplyDeletewith your RSS. I don?t know why I cannot subscribe to it.
Is there anyone else having similar RSS problems?
Anyone that knows the solution can you kindly respond?
Thanks!!