Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 20, 2014

Bila Otak Kapor Buka Mulut.......

Apa kaitan pula isu kangkung dengan 13 may 69?
Isunya adalah isu rakyat bukanya isu Cina dan Melayu
Geng-geng mamaklah yang mengocakkan suasan
Hanya penyokong UMNO saja yang bebal atau memang mereka semuanya kaya raya belaka
 
Isu kangkong hanya isu Najib yang menghina diri
Cuma yang berfikiran sempit dan desperate UMNO ajer yang mengaitkan Cina dan Melayu
Isu sebenarnya sudah dipesongkan 

Isu kangkung boleh sebabkan 13 Mei, kata Perkasa
OLEH DIYANA IBRAHIM
January 20, 2014
Latest Update: January 21, 2014 12:43 am


Kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini tidak menolak isu kangkung yang dimainkan oleh pembangkang dan penyokong Umno boleh menjadi punca berulangnya tragedi berdarah 13 Mei.

Ketua Penerangan Perkasa Muhammad Zahid Md Arip (gambar) berkata, isu kangkung yang dimainkan kali ini dianggap sebagai keterlaluan malah menyelar pihak pembangkang sebagai “jumud” kerana memperbesarkan hal tersebut.

"Ini terjadi apabila ada satu pihak yang tidak tahu menghormati pemimpin negara dan satu lagi yang cuba mempertahankan institusi apabila dipermainkan begitu.

"Maka sekiranya dibiarkan berterusan yang dimainkan secara melampau maka kemungkinan berlakunya 13 Mei sekali lagi," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun menurut Muhammad Zahid, Perkasa tetap dengan pendirian mereka yang akan menentang sebarang usaha untuk mengulangi tragedi 13 Mei.

"Kita tetap dengan pendirian tidak mahu 13 Mei kerana menganggap isu itu telah selesai oleh ibu bapa generasi terdahulu," katanya. – 20 Januari, 2014.

2 comments:

  1. mamak kangkung pelobi utama melayu dan cina bergaduh...mulakan kempen kesedaran hari ini.kita tolak mamak perkauman terlebih melayu supaya berhenti
    menghasut melayu..

    ReplyDelete
  2. Dalam Youtube dinyatakan Perkasa adalah Pertubuhan Kangkung Satu Malaysia.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa