Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 19, 2014

Tiada kuasa undang-undang: Habis Apa Gunanya Diujudkan?

Pakar: Majlis Fatwa tiada kuasa undang-undang

Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu urusan kerajaan negeri, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.
"Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang kerana perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan ia (MFK) tersebut tidak mempunyai status si sisi perlembagaan.

“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh perlembagaan persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan majlis tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.

Dilaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan menyokong tindakan JAIS menyerbu premis persatuan itu dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta Iban yang mempunyai kalimah Allah baru-baru ini sambil menegaskan, bahan rampasan itu tidak perlu dipulangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dilapor sebagai berkata, muzakarah khas yang bersidang juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak cuba mempolemikkan tindakan JAIS dan menjadikan agama sebagai umpan politik. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa