Wanita tidak mengaku isteri YB
21 Januari 2014
Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak
SETIAWANGSA - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam dikejutkan apabila seorang wanita menafikan dirinya isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak sedangkan lelaki itu memfailkan permohonan cerai terhadapnya.
Azma Azifazilla Azan, 28, nafi pernah bernikah dengan ahli politik itu ketika prosiding kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, semalam.
Wan Amizan memfailkan permohonan cerai itu pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Semalam, beliau memfailkan pula permohonan memfarakkan (membubarkan) pernikahan Azma Azifazilla dengan seorang lelaki bernama Rizal Md. Radzi, 40, kira-kira empat bulan lalu mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran.
Bagi kes ini, Wan Amizan selaku plaintif menamakan Azma sebagai defendan pertama dan Rizal sebagai defendan kedua.
Peguam Mohd Isa Abd Ralip yang mewakili ahli politik itu berkata, anak guamnya membuat permohonan untuk membubarkan pernikahan terhadap Azma dan Rizal kerana mendakwa dirinya masih suami yang sah kepada wanita itu.
Bagaimanapun Azma Azifazilla membuat bantahan dengan menafikan dia pernah berkahwin dengan plaintif, maka tidak perlu untuk plaintif memfailkan permohonan cerai.
Berdasarkan pertikaian berkenaan, mahkamah mencadangkan supaya defendan memfailkan pembelaan atau mengemukakan bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan plaintif tidak relevan sekaligus memasukkan pembelaan terhadap tuntutan atau mengemukakan bantahan awal secara bertulis kepada mahkamah sebelum kes itu diteruskan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan, pada masa sama, memerintahkan wanita itu melantik peguam.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Azma Azifazilla dan Rizal memberitahu media, mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat.
Wan Amizan dikatakan menikahi Azma sebagai isteri kedua beberapa tahun lalu di Thailand dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.
Aku rasa lelaki tersebut yg mabuk kangkung!
ReplyDeleteAppreciate tҺis post. Let me try it out.
ReplyDeletemy webpage norske spilleautomater pa nett
lenggang kongkang...
ReplyDelete