Cucilah cepat wooii....
Dah busuk satu negara dah ni!
Tak benar penamatan tugas Azmin dibatal
Selangor tidak pernah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menarik balik surat penamatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah syarikat negeri itu pada 8 Januari lalu.
Justeru, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi, butiran dalam surat daripada pengurus besarnya ketika itu Datuk Othman Omar tidak benar sama sekali.
“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan pengurus besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar.
Menurut Khusrin, surat itu antaranya menyatakan, surat penamatan tugas Azmin ditarik semula dan dianggap batal.
Dalam kenyataannya hari ini, Khusrin berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco esok dan PKNS diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kekeliruan.
Sementara itu, katanya lagi, siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS Norita Mohd Sidek bagi merungkai perkara sebenar di sebalik isu itu.
“Saya meminta kepada semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak sahih berkenaan isu ini sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan membuat keputusan,” katanya.
Sementara itu, Khusrin juga menegur banyak laporan media yang membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu itu sejak kebelakangan ini. - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa