Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 21, 2014

Shamsul..... Ko ingat Tindakan Korang Ni Cerdik Ke?

Aku ingat geng-geng mamak penang jer buat perangai 'lalok' macam ni
Rupanya AMK pun satu taraf juga!
Siap nak boikot barangan jepun konon.......



Poster Jepun dibakar, dipijak di kedutaan
Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.

Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

“Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh imigresen negara itu.

“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya.

Sementara itu, penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Ada antara mereka memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.

Dalam perkembangan terbaru, AMK menafikan pihak yang membakar poster itu merupakan anggota sayap PKR itu. - sumber
Sebab sebenar baca kat sini - 
Anwar tidak mohon kebenaran khas, kata Kedutaan Jepun

2 comments:

  1. Bhai MountDweller...

    Sebab tue la dari dulu lagi gua tak respek sama ini Shamsul Akin.... hahaha... ini mamat memang jenis suka enter frame.... bab bodek bangang dier la numero uno.... hahahaha

    Bangang betul lar...

    ReplyDelete
  2. Nak wat cam na tertubuhnya PKR adalah dari serpihan UMNO.Sebab tu kita nampak tindakkan banggang ni dari tarbiah UMNO dulu sebelum lari masuk PKR.Tak heran lah aku kalu perangai ada bersamaan dgn UMNO.Yang saya tau YB Fuziah MP Kuantan bukan ahli UMNO,tapi dari NGO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa