Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 21, 2014

Salah Siapakah Ini?

Pada saya ibu bapalah yang bersalah sedari awalnya
Bila sudah parah barulah timbul kesal dan persalahkan sianak pula
Inilah hakikat yang harus diterima dan ditelan oleh ibu bapa bila cuai mendidik anak
'Mendidik biar bijak, memanja biar berpada'

Anak tidak berhati perut
KUALA TERENGGANU - Anak tidak berhati perut. Tidak cukup menjadikan kedua orang tuanya sebagai bank bagi mendapatkan wang secara mudah, seorang pemuda tergamak mencuri mesin kukur kelapa di dalam rumah dipercayai untuk dijual bagi melepaskan gian dadah, dalam satu kejadian di Kampung Kubang Jela, Manir, di ini, Rabu lalu.
Menurut sumber, kehilangan mesin kukur kelapa yang disimpan di dapur itu hanya disedari bapanya, 50-an, kira-kira jam 3 petang selepas ingin menggunakannya.
“Selepas puas mencari, si ayah mengesyaki anak lelakinya sendiri yang telah mencuri mesin kukur kelapa itu dan telah pun menjualnya bagi mendapatkan wang, dipercayai untuk membeli dadah.
“Ini sebab kejadian kecurian ini bukan pertama kali berlaku di rumahnya, lebih-lebih lagi apabila anak lelakinya itu pernah dipenjarakan kerana kesalahan jenayah dadah.
"Walaupun anak lelakinya baru keluar dari penjara, namun si ayah yakin suspek masih tidak insaf kerana dia merupakan seorang penagih tegar,” katanya.
Katanya lagi, bukan sahaja mencuri, malah anak lelakinya sebelum ini turut beberapa kali mengugut ayah dan ibunya setiap kali meminta wang.
“Bagi memastikan si ayah menyerahkan wang, anak lelakinya akan bertindak mengugut dengan mengacukan pisau ke leher kedua ibu bapanya dengan tujuan bagi menakutkan mereka,” katanya.
Jelasnya, tidak tahan melayan karenah anak lelakinya itu serta bimbang akan keselamatan diri dan keluarga pada masa akan datang, si ayah nekad membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

2 comments:

  1. asal kerja jahat mesti anak2 org umno.

    ReplyDelete
  2. Anon 11:45 AM

    Kenapa perasan sangat?
    Dalam hal ini tadak siapa pun mengatakan yang ini adalah anak orang UMNO.

    Bab jahat ni kepada anak siapa pun akan berlaku sekiranya tidak dididik dengan betul dan pemantauan yang rapi. PAS, UMNO, PKR dan sesiapa pun tidak terkecuali.

    Kat kampung aku orang-orang dikatakan penyokong PAS pun berjudi!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa