Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 8, 2014

Hudud: Golongan Manakah Yang Menakut-Nakutkan Bukan Islam?

Pelampau Islam kini mahu orang bukan Islam menurut hukum hudud

KOMEN: Golongan pelampau serta fanatik agama telah melangkah setapak lagi di dalam usaha Islamisasi Malaysia. Beberapa tokoh dan ulama Islam kini mahu penganut ajaran bukan Islam menurut undang-undang hudud.
Mereka ini mempunyai pandangan sama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika pentadbirannya, menyebabkan Perlembagaan Persekutuan dipinda hampir 100 kali.
Kesan pindaan tersebut ke atas sosio-ekonomi negara sudah sampai ke kemuncaknya hari ini.
Pendirian para ilmuan serta golongan ulama ini dilihat memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Ia juga memberi gambaran buruk terhadap Islam yang mementingkan keamanan.
Kita perlu sedar, di sebalik segala ketegangan yang dimulakan pandangan serta hujah golongan ini, agama serta Islam tidak wajar dipersalahkan.
Insan terpilih, atau tuan-tuan kecil di cabang eksekutif serta ahli politik dengan agenda memelihara kepentingan diri sewajarnya diselar kerana menyemarakkan sentimen ekstremisme di Malaysia.
Apabila golongan ulama dan ilmuan ini mendesak agar hudud dilaksanakan ke atas golongan bukan Islam, perbincangan ilmiah tentangnya terhenti dengan sendirinya.
Pada 7 Mei, the malaymailonline melaporkan bahawa golongan tokoh-tokoh agama berkata di satu forum di Shah Alam bahawa penganut ajaran bukan Islam tidak wajar dikecualikan daripada perlaksanaan kanun jenayah Islam yang hendak diimplementasi di Malaysia.
Menurut ahli panel, mengecualikan golongan bukan Islam daripada hukum hudud akan menghasilkan ketidakadilan pada sistem, yang bakal mengganggu keamanan, seterusnya menyebabkan objektif asal kanun jenayah tersebut tidak tercapai.
Kini siapa yang menyebabkan ketidakadilan? Sudah tentu bukan agama Islam dan mana-mana komuniti di Malaysia. Jika anda orang Islam, anda perlu menurut hukum hudud, sekiranya itu yang anda mahukan.
Tetapi jangan pula membandingkannya dengan pihak lain dan menuntut agar mereka juga dikenakan hukum tersebut. Tiada siapa yang memaksa anda melaksanakan hudud dan orang Islam tidak boleh menuntut agar golongan bukan Islam menurut amalan agama Islam. Titik.
Jadi Malaysia mahu menyertai Afghanistan, Arab Saudi, Brunei, Aceh dan negara yang melaksanakan hudud?
Ya, jika kerajaan memerintah menurut gesaan ulama dan ilmuan Islam agar orang bukan Islam dikenakan hukuman sama.
“Golongan bukan Islam juga wajar menurut hukum hudud...Ia bagi menjamin keamanan. Bagaimana mahu keamanan dicapai sekiranya orang bukan Islam mampu membuat pilihan berbeza?” jelas Dr Mushaddad dari Institut Wasatiyyah yang disokong Putrajaya.
Hello kawan! Orang bukan Islam tidak memilih apa-apa. Kami tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sivil. Jika anda mahu hudud, itu pilihan anda. Jangan heret kami pula.
Pada 1993, kerajaan PAS Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayahh Syariah Kelantan (II) bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan. Enakmen itu bagaimanapun masih belum terlaksana.
Hukum hudud mengikut enakmen Kelantan akan dikenakan bagi umat Islam dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan dua sistem berbeza bagi umat Islam dan golongan bukan Islam.
“Ia adil... kerana umat Islam perlu menurut kepercayaannya. Apabila Islam dipilih, seorang Islam perlu menurutnya secara menyeluruh, termasuk undang-undangnya,” kata Mohd Amar.
April lalu, Mohd Amar menjelaskan bahawa rancangan perlaksanaan hudud di Kelantan menggunakan konsep “terbuka”, di mana orang bukan Islam boleh memilih hukum hudud atau undang-undang sivil.
Pada 7 Mei, sebagai maklumbalas, timbalan presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jenayah d bawah hukum hudud telah dijelaskan di dalam perundangan sivil, maka tidak mungkin golongan bukan Islam memilih hudud.
PAS kini mengharap Parlimen meluluskan perlaksanaan hukum itu, apabila membentangkan dua Rang Undang-Undang bulan depan. Satu dari Rang Undang-Undang itu memohon hukuman tidak konvensyenal dijalankan dan satu lagi bagi memberi kuasa kepada mahkamah Syariah menjalankan hukuman tidak konvesyenal.
Menurut Akta Perundangan Mahkamah Syariah (Jenayah) 1965, mahkamah Islam tidak mempunyai kuasa mengenakan hukuman penjara melebihi tiga tahun dan denda melebihi RM5,000. Ia juga tidak boleh menjatuhkan hukuman sebat melebihi enam sebatan.
Pada hari yang sama, The Star online melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdullah Rahman disiasat berhubung kenyataan berbaur hasutan.
Siasatan dijalankan menurut Akta Hasutan 1948, katanya.
Khalid turut memberi amaran agar orang ramai tidak menyemarakkan ketegangan kaum berikutan insiden itu. “Jangan bertindak sesuka hati.”
Pada 6 Mei, Zaik membuat kenyataan di laman web Isma bahawa kaum Cina datang ke Malaya sebagai penceroboh dan mempersoal kekayaan dan kewarganegaraan mereka.
“Ini semua kerja pihak British yang bersekongkol agar kaum Cina menindas orang Melayu,” dakwanya.
Zaid bagaimanapun tidak memberitahu bagaimana keadaan itu wajar diperbetulkan.
Walaupun amaran telah diberi Ketua Polis Negara, portal berita the malaymailonline melaporkan bahawa timbalan presiden Isma Aminuddin Yahya tetap dengan pendirian bahawa kaum Cina dibawa pihak British bagi memusnahkan identiti masyarakat Melayu.
Aminuddin mendakwa kebanyakan pemimpin kaum Cina menyertai parti pembangkang, malah telah membuat laporan polis terhadap mereka sebagai sebahagian konspirasi memusnah orang Melayu sejak berabad lamanya.
“Mengapa beliau didakwa menghasut? Beliau hanya menggunakan fakta sejarah. Mereka mahu binasakan identiti Melayu, maka melaungkan slogan Malaysia bagi semua rakyat Malaysia – bagi merampas hak Melayu,” katanya di dalam temuramah ringkas.
Aminuddin berkata kaum Cina wajar berterima kasih kepada orang Melayu kerana memberi kerakyatan secara pukal akibat taktik British bagi membendung kekuatan politik orang Melayu.
The Malaysian Insider pula melaporkan, pada forum hudud pada hari yang sama, bekas mufti Perlis Professor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata persekitaran korup Malaysia akan menyaksikan golongan elit terlepas dari hukum hudud sekiranya ia terlaksana. Maka, objektifnya tidak mungkin tercapai.
“Saya bimbang jika kita kuatkuasakan hudud hari ini, ia seperti mendirikan pintu yang indah pada rumah buruk yang usang.
“Di negara di mana terdapat kelas yang tidak boleh disentuh, diheret ke mahkamah, hudud tidak dapat diimplementasi kerana ia menjurus kepada ketidakadilan,” kata Asri.
Ketika zaman Rasulallah (saw), beliau memberitahu pengikut akan menghukum anak perempuannya sendiri menurut hudud jika didapati bersalah.
Asri sangsi keadilan akan dipratikkan oleh pihak berkuasa di sini, kerana negara di kedudukan ke-53 mengikut Indeks Persepsi Korupsi Dunia 2013.
Orang Islam, katanya, tidak boleh menolak hudud, tetapi perlaksanaannya boleh ditangguhkan kepada satu masa yang lebih sesuai.
Ia sama seperti ibadat haji di mana orang Islam boleh menangguhkannya jika mereka masih belum mampu melakukannya.
Jika hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, maka golongan bukan Islam tidak perlu gentar mahupun campurtangan di dalam amalan umat Islam.
Bagaimanapun, sebilangan ulama dan ilmuan Islam mahu ia dilaksanakan ke atas golongan bukan Islam pula.
Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan menolak hudud, walaupun tidak menolak atau menghina amalan Islam.
Kami tidak percaya pada kuasa yang diletakkan di tangan puak ekstremis dan pelampau agama. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa