Khairy minta MCA tutup mulut
Khairy harap MCA tidak lagi membuat sebarang kenyataan dan keputusan yang terburu-buru
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, menasihatkan supaya MCA tidak membuat sebarang kenyataan berhubung rang undang-undang hukum hudud yang akan dibawa ke parlimen oleh PAS.
Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA hanyalah bersandarkan dengan pelbagai andaian yang diterimanya dari banyak pihak.
“Kita sendiri masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan rang undang-undang persendirian itu yang akan dibawa ke parlimen kelak,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Cemerlang 2014, anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa.
Khairy turut berharap agar tida ada kata dua dari mana-mana pihak berkenaan hukum hudud.
“Umno sendiri sudah membuat keputusan untuk menerima hukum hudud kerana kita orang Islam, tetapi kini kita sedang mengkaji cara perlaksanaan yang terbaik untuk melakukannya,” katanya.
“Saya harap MCA tidak lagi membuat sebarang kenyataan dan keputusan yang terburu-buru. Hal ini kerana ia boleh mengeruhkan hubungan antara parti dalam Barisan Nasional (BN).
Dalam pada masa yang sama, Khairy turut mengulas berkenaan kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR 2014.
“Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya ringkas.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa