Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 8, 2014

Artis: Kesian.....Dia!

Nasiblah.....
Nak kahwin terus kawin tanpa benar-benar tahu siapa bakal suami

Terpaksa Tanggung Suami Buat Enot Serik Kahwin
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Pelakon Enot berasa serik untuk berkahwin semula selepas gagal dengan dua perkahwinannya yang terdahulu termasuklah melalui pengalaman ‘menanggung suami’.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, biarlah dia bergelar ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yang terpaksa bekerja untuk suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.
enot 2
Enot tidak sanggup lagi terpaksa bekerja untuk menyara suami.
Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana.

Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untuk berkahwin buat kali ketiga.

"Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yang cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.

"Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif  mengenai diri saya," ujarnya.

Sementara itu, Enot turut menasihatkan kepada semua golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami.

Katanya, setiap wanita perlu memastikan seseorang lelaki itu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh agar kehidupan tidak merana pada kemudian hari.

"Saya nasihatkan, carilah lelaki yang bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.

"Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Enot turut memberitahu dia kini sedang menghidap kanser usus tahap dua dan kini sedang menjalani rawatan secara tradisional.

5 comments:

  1. Kenapa perlu mendedahkan keburukan bekas suami? Jika bekas suami mendedahkan keburukan anda pula, apa perasaan anda. Jika jodoh tidak sesuai tamatkan setakat itu, tidak molek menambah dosa dgn mengaibkan orang yg pernah bertakhta dihati.

    ReplyDelete
  2. tak perlulah isteri bila sudah bercerai tidak dpt terima hakikat itu lalu menceritakan keburukan bekas suami dab punca penceraian kan lebih baik redha dgn ujian dr allah..mungkin itu satu ujian dan ada hikmah di sebalik perpisahan tak perlu di war-war kan pd umum..

    ReplyDelete
  3. Tanpa disedari, dia telah menceritakan keburukan sikap bapa kpd anak-anaknya untuk pengetahuan umum.

    ReplyDelete
  4. Wow that was unusual. I just wrote an extremely long comment but after I clicked submit
    my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again. Anyway, just wanted
    to say wonderful blog!

    Feel free to visit my web page ... plenty of fish dating site of free Dating

    ReplyDelete
  5. Hey there! I'm at work browsing your blog from my new iphone 3gs!

    Just wanted to say I love reading your blog and look
    forward to all your posts! Keep up the superb work!

    Feel free to visit my web-site ... plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa