Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 12, 2014

Adakah Mereka Akur Sekiranya Disergah Najib?

Nampaknya wayang politik Sarawak akan berpanjangan!

SUPP berikrar Teras tiada tempat dalam BN
 | July 11, 2014
MCA dan Gerakan telah mengisytiharkan sokongan mereka terhadap SUPP, SPDP dan PRS dengan mengatakan 'tidak kepada Teras' untuk menyertai BN.
tan_kai_300SIBU: Ketua Belia Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Kai, telah berikrar untuk tidak ragu-ragu dari pendiriannya bahawa Teras “tidak pernah dan tidak akan diiktiraf” sebagai parti komponen BN.
“Terdapat bantahan yang kuat daripada begitu banyak parti-parti komponen BN dan pemimpin tertinggi mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan, menunjukkan bahawa selain SUPP, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), ada juga pihak lain yang membantah tawaran oleh Teras untuk menyertai BN.
Tan mengulas, bekas Ketua Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) William Mawan Ikom memberitahu rakyat di rumah panjang di negeri ini untuk tidak mudah percaya dakwaan pihak tertentu bahawa Teras yang ketuai beliau, tidak berada dalam parti pemerintah.
Di bawah semangat dan kefahaman BN, semua parti komponen perlu memberi “persetujuan sebulat suara” mereka sebelum permohonan mana-mana parti politik untuk menyertai BN diterima, kata Tan, sambil menambah’ “Ia bermaksud bahawa jika ada bantahan walaupun dari seorang ahli sahaja, permohonan itu akan ditolak.”
Perikatan ditubuhkan untuk memastikan BN menolak Teras
Tan juga menyatakan bahawa SUPP, SPDP dan PRS baru-baru ini telah membentuk pakatan untuk memastikan bahawa permohonan Teras ‘menyertai’ BN ditolak.
“Bukan itu sahaja, dua parti komponen utama BN  yang lain, MCA dan Gerakan, telah mengisytiharkan sokongan mereka terhadap SUPP, SPDP dan PRS dengan mengatakan ‘tidak kepada Teras’ untuk menyertai BN,” katanya.
“Bagaimanapun, William yang merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman dan ahli kabinet negeri, seharusnya tidak takbur dengan tuntutannya,” kata Tan dalam menuntut William mendedahkan butiran mana-mana mesyuarat BN yang meluluskan permohonan Teras untuk menyertai gabungan tersebut.
William berkata dakwaan bahawa Teras berpihak kepada pembangkang “berniat jahat”, dan William juga bertanya’ “Bagaimana Teras boleh menjadi pembangkang apabila semua menteri dan wakil-wakil yang dipilih adalah ahli BN?”
William berhenti dari SPDP pada 15 Mei dan menyertai Teras, bersama-sama dengan bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Wong Soon Koh. Lapan wakil rakyat lain, termasuk tiga dari SUPP, juga turut menyertai mereka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa