Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 15, 2014

Cakap Berdegar-Degar, Nak Panggil Duta US Pun Takut!

Kalau semua negara yang mengaku Islam bersikap macam Malaysia, alamat Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan selamanya di bawah jajahan Yahudi dan akan bebas memperlakukan apa saja!
Dahlah Arab tak boleh diharap - semuanya jenis lahanat!

Desakan melalui surat, demonstrasi, kecaman tak selesai masalah
OlehManzaidi Mohd AmindiKuala Lumpur- 15 Jul 2014
Kerajaan Malaysia perlu melakukan pendekatan yang lebih baik dan berkesan dalam mendesak rejim zionis menghentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, desakan melalui surat, demonstrasi, kecaman dan kutukan menggunakan suara tidak akan menyelesaikan masalah itu.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perlu lebih berani menyuarakan perkara itu seperti memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia dan memberi amaran kepadanya supaya mendesak Isreal menghentikan serangannya ke atas Gaza.
Katanya, kerajaan Malaysia juga boleh menarik perhatian negara Islam di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Brunei duduk bersama berbincang mencari jalan untuk meneruskan tekanan ke atas Israel.
"Ini baru dikatakan kerajaan yang tegas dan berani. Bukan setakat mengeluarkan mendesak dan menyatakan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh rejim zionis.
"Ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pun sekadar jaguh kampung. Suara mereka tidak sampai ke peringkat antarabangsa, apatah lagi untuk didengari oleh Amerika Syarikat dan Israel,” katanya mengulas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh rejim zionis.
Zaid berkata, kerajaan Malaysia belum mempunyai wira Islam sebenar yang dapat membantu saudara seagama di negara tertindas seperti Palestin.
Menurutnya, jika ada pun negara itu akan dicopkan oleh Amerika sebagai pelampau dan militan.
Beliau turut menyindir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai Amerika atas kegagalannya menjadi sebuah badan pendamai antarabangsa yang berkesan.
"Setelah dua minggu Israel mengebom dan melancarkan roket ke Semenanjung Gaza sehingga ratusan rakyat Palestin terbunuh, seminggu selepas itu Majlis Keselamatan PBB bersuara.
"Itu pun mereka mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada Israel dengan mengatakan Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya," katanya.
Beliau berkata, keputusan Majlis Keselamatan PBB itu menggambarkan seolah-olah Israel boleh membunuh seramai mungkin rakyat Palestin bagi menyelamatkan nyawa bangsa zionis itu. - MalaysiaGazette

4 comments:

  1. Langkah pertama boikot barangan dan jualan yang membabitkan barangan Israel dan kedua kerajaan patut war-warkan kepada rakyat jangan membeli atau pergi ke Pasaraya seperti Tesco juga Kentucky, Mekdonak dan sebagainya.Ingat saekor burung sanggup berulang alek mengambil air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim... setiap seorang ada peranan masing2 jgn peduli kata2 pemimpin dalam tv1 kelmarin mengatakan tidak akan berjaya jika kita tidak bersatu. Setiap kerja mesti ada langkah pertama dan selepas itu kita berserah kepada Allah..

    ReplyDelete
  2. Langkah pertama boikot barangan dan jualan yang membabitkan barangan Israel dan kedua kerajaan patut war-warkan kepada rakyat jangan membeli atau pergi ke Pasaraya seperti Tesco juga Kentucky, Mekdonak dan sebagainya.Ingat saekor burung sanggup berulang alek mengambil air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim... setiap seorang ada peranan masing2 jgn peduli kata2 pemimpin dalam tv1 kelmarin mengatakan tidak akan berjaya jika kita tidak bersatu. Setiap kerja mesti ada langkah pertama dan selepas itu kita berserah kepada Allah..

    ReplyDelete
  3. pertubuhan bangsat bangsat bersatu apa yang nak diharapkan dari depa ni
    memang dikuasai oleh yahudi pun
    telah diketahui umum yahudi mana reti berunding mana boleh dipercayai mau tak mau memang kena bekeras itu saja yang yahudi ni reti
    banyak negara Islam pun duk jadi pak angguk amarika barua yahudi

    ReplyDelete
  4. bebudak bahalol , mana sangat boleh harap ?

    bergaya dengan harta rakyat boleh lah.

    eh... orang orang melayu asal usul orang kaya ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa