Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 4:49 PM
Oleh: STEPHANIE LEE
Kampung Bangau-Bangau, tempat sekumpulan penculik mendarat untuk menculik pasangan berbangsa Cina dari Kelantan yang mengusahakan sangkar ternakan ikan
Seorang pekerja dari sangkar ternakan ikan Ah Chai itu memaklumkan kepada polis bahawa sekumpulan lelaki itu mencari pemiliknya, pasangan berbangsa Cina dari Kelantan pada tengah malam Isnin.
Namun, pasangan itu tidak tinggal di dalam sangkar ternakan ikan itu kerana mereka telah berpindah ke Semporna berikutan kes penculikan yang semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut.
Menurut sumber, lelaki bertopeng itu membawa senjata rifle semi-automatik selain pistol tiba di sangkar ternakan ikan itu menggunakan bot laju berwarna biru untuk mencari pasangan tersebut.
Kelima-lima mereka memasuki kawasan ternakan ikan itu manakala dua lagi menunggu di dalam bot laju.
Lelaki tersebut mengacukan pistol ke arah seorang pekerja apabila bertanya mengenai pasangan tersebut, kata sumber.
Pekerja tersebut memberitahu polis bahawa salah seorang lelaki bersenjata itu mahir bertutur dalam Bahasa Melayu tetapi mengubah percakapannya ke dialek Suluk selepas mereka mendapati dia juga dari kaum Suluk.
Lelaki bersenjata itu pergi ke masuk ke dalam rumah pekerja terbabit dan melarikan sebuah televisyen bersama 'dua beg' selepas mendapati pasangan tersebut tidak berada di sana, kata sumber.
Ketua Polis Semporna, Superintendan Mazlan Lazim berkata, polis sedang menyiasat kes itu dan mempergiatkan usaha memburu sekumpulan lelaki tersebut.
"Kami bekerjasama dengan polis marin, tentera dan beberapa lagi agensi lain dibawah Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam operasi memburu mereka," katanya.
Mazlan berkata, mereka sedang menumpukan pencarian di sekitar Kampung Bangau-Bangau, Pulau Mataking dan kawasan berdekatan.
"Beberapa keterangan turut direkodkan dari saksi bagi membantu siasatan," katanya
Kes2 begini TIDAK akan hapus selagi rasuah di kalangan penguatkuasa sendiri masih bermaharajalela!!! "Hidup UMNO"!!
ReplyDeleteCubaan culik lagi.apa dah jadi nie.apa pun negara kita antara tempat yg paling selamat.kata menteri ler.mungkin selamat pada menteri kaki songlap harta negara.
ReplyDelete