Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 7, 2014

MU Perkenal Jersi Baharu Tajaan Chevrolet

Manchester United Perkenal Jersi Baharu Musim 2014/2015
Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 9:12 PM - mStar
MANCHESTER United buat pertama kalinya memperkenalkan jersi baharu pasukan itu bagi musim 2014/2015.
Jersi rekaan baharu itu turut memaparkan logo Chevrolet sebagai penaja.
Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu merupakan nama besar baharu yang menghiasi jersi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut selepas Sharp, Vodafone, AIG dan Aon.
Ia boleh didapati untuk pra tempahan di United Direct dan Nike.com sebelum memasuki pasaran seluruh negara pada 16 Julai ini.

Jersi tersebut akan digunakan Red Devils ketika bertemu LA Galaxy pada siri Jelajah 2014.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa