OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 4 July 2014
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengecam kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengehadkan pemberian bantuan kepada golongan tidak berumah.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris (gambar) berkata, kenyataan menteri Wilayah Persekutuan itu jelas satu kenyataan bodoh dan tidak masuk akal di saat umat Islam menyambut bulan Ramadan yang mulia.
"Kenyataan ini jelas merupakan kenyataan tidak mempunyai asas dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri yang mewakili parti politik Melayu terbesar di negara ini.
"Dalam suasana Ramadan Al-Mubarak yang mana ramai mengambil kesempatan bersedekah, menteri mengeluarkan kenyataan bodoh dan tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Tengku Adnan berkata badan bukan kerajaan (NGO) “dapur umum” yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin ini untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Putrajaya itu menerusi laman Facebook berkata sedia memberi penjelasan termasuk membuat pindaan terhadap undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara yang menjadi kontroversi mutakhir ini.
Katanya, niat sebenarnya adalah untuk memperbetulkan keadaan di ibu kota dan sedia memberi penerangan kepada pihak yang salah anggap terhadap kenyataannya.
Irwan berkata, Tengku Adnan perlu bijak membezakan di antara kumpulan pengemis dan peminta sedekah walaupun setiausaha agung Umno itu dibesarkan dalam golongan bangsawan.
Katanya, Tengku Adnan tidak seharusnya dilihat menjadi batu penghalang kepada NGO yang sedia berkhidmat kepada golongan memerlukan.
"Apa relevannya? Ingin pertontonkan kejahilan diri sendiri? Ini bukan soal populariti. Ini soal ibadah yang dituntut dalam Islam.
"Menteri kena pandai bezakan antara pengemis dan peminta sedekah walaupun menteri dilahirkan dalam keluarga bangsawan.
"Menteri kena pandai bezakan antara pengemis dan peminta sedekah walaupun menteri dilahirkan dalam keluarga bangsawan.
"Soal mereka (gelandangan) itu perkara kedua. Perkara pertama adalah, jangan keluarkan kenyataan seolah-olah menghalang sukarelawan menjalankan aktiviti mereka," katanya.
Irwan berkata adalah lebih baik Tengku Adnan dan kementeriannya memfokuskan kepada usaha membasmi kegiatas perjudian, pelacuran dan perniagaan haram yang terbukti sangat berleluasa di Kuala Lumpur.
"Kepimpinan Wira Perkasa mencadangkan lebih baik menteri membasmi kegiatan berkenaan sebelum mengeluarkan arahan kurang cerdik untuk menghalang NGO sukarelawan yang ingin membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
"Jika benar menteri serius dalam isu pembersihan Kuala Lumpur, kami tuntut menteri mulakan dengan membasmi tiga kegiatan yang dinyatakan di atas terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan yang lain," katanya. – 4 Julai, 2014.
Memang menteri ini bodoh pun itulah sebabnya dilucutkan kuasa dijabatan PM dan dicampakkan Di DBKL dan DBKL itu adalah kuda tungangan ikut saja arahan yang bodoh dari menteri yang otak berada dikepala lutut,orang muslim dibulan puasa yang mulia ini hendak mengandakan pahala dengan bersedekah pada yang memerlukan , sebaliknya terjadi pada menteri beruk ini,agaknya dia baru keluar dari hutan kot ,tersentak dengan NGO yang ringan tulang itu.
ReplyDeleteitu sedekah minta wang tarak masuuuuk oooooo...!!!! itu judi, itu sundal-sundal punya, itu nightclub, itu urut-urut punya, itu niaga tarak lesen ....SEMUA WANG MASUK ooooooooo.....!!!!!!!!
ReplyDeleteSyabas ketua wira perkasa.
ReplyDeletedah dari keciknya bodoh nak buat camana.
ReplyDeleteNmpak muka.mcm educated..tapi otak bodoh..bahalol..jahil agama..
ReplyDeleteORANG MACAMNI yANG TERBAIK LETAKAN BERSAMA DALAM KANDANG PANDA. INSYALLAH TARGET PROMOSI BAGI TAHUN MELAWAT MALAYSIA AKAN NAIK SECARA MENDADAK.RAMAI PELACUNG AKAN MENGUNJUNGI ZOO NEGARA.PELANCUNG DARI DALAM NEGERI MAU PUN LUAR NEGERI NESCAYA AKAN BERKUNJUNG SEBERAPA KALI YANG BOLEH UNTUK MELIHAT PANDA SICELAK TU
ReplyDeleterocky de Langat says: Ku Nan? antara puki mak melayu yang besar; ntah mcm mane dimandrem Najib sampai buta najib pilih dia nih. Kalu bab melibat melayu, bukan maen keras lagi, tapi kalu bab dengan tokeh2 Cina bukan maen hepi macam kera dapat epal; tengok la rambut pon da hitam; Banyak lagi tanah DBKL dan JKR yang kosong kat KL ni Ku Nan! Ambeklah! Nko memang gila duet kan? Tak cukop lagi ke duet nak rasuah mungkar & nangkir tu? Ptuuiihhh!!!
ReplyDelete