KOMEN PEMBACA: Mengapakah sebuah negara maju dengan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lebih AS $50,000 dengan pendidikan terbaik di Asia.
Serta sebuah kerajaan yang bebas daripada rasuah, kecekapan perkhidmatan penjawat awam, pemimpin berkebolehan dan bijak mahu menyertai Malaysia semula dengan pendapatan KDNK kira-kira AS $8,000 jauh lebih rendah daripada semua segi, dengan keharmonian kaum dan agama? Tiada siapa akan memilih pemimpin mempunyai tahap pemikiran IQ yang rendah.
Mengapakah kuda lumba perlu masuk kandang keldai atau padang kecil untuk kuda, padok? - Anthony Joseph
Kugan Vyravanathan: Sudah pasti betul! Anda lakukan kerja dengan baik! Malaysia tidak ada cara lagi untuk berdiri setanding dengan Singapura, sekurang-kurangnya bukan untuk tempoh 100 tahun akan datang!
Azrin Awang Ali: Saya rasa anda salah, Tuan; ia bukan 100 tahun, lebih 3,000 tahun lagi Malaysia akan ketinggalan di belakang Singapura dan Brunei. Hanya pemimpin elit Darulboleh yang tidak menyedarinya.
Zainudin Elias: Jika Utusan berkata Singapura akan menyerang Malaysia, saya rasa lebih ramai orang akan mempercayai mereka. Dengan cara itu, mereka telah mula menyerang Malaysia untuk 10 tahun yang lampau. Hanya perlu semak nama pemilik hartanah termahal di JB, KL serta bandar-bandar besar lain di Malaysia. Saya pasti kita boleh mencari senarai nama panjang rakyat Singapura.
alan Jaidee: Utusan telah melompat dari alam fantasi kepada kegilaan untuk menerbitkan ulasan orang-orang tiga suku. Yang terus diperdaya orang kampung serta khalayak yang tidak pernah mempersoalkan kesahihan daripada mana sumber maklumat yang disuapkan ke mulut mereka setiap hari diperolehi. Mereka akan mempercayai "berita" dari Utusan dan TV3. Ia adalah satu lagi tindakan tidak tahu malu untuk mengelirukan dan menakutkan lebih ramai pengundi untuk memastikan Umno kekal berkuasa.
Abdul Majid Bin Mahadi: Jika anda mempunyai apa-apa pendapat yang tidak baik mengenai Malaysia, kenapa anda masih lagi hidup dengan mencari nafkah di sini? Di Singapura pasti anda akan menyukainya kerana ketika itu anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda suka dan akan diheret ke mahkamah setiap apa yang anda katakan. Akan ada perbandingan di sebelah sana lebih baik tetapi malangnya, ia hanya mimpi. Cuba hidup di Singapura dan kemudian melihat sama ada anda akan kembali memberikan ulasan yang sama atau tidak.
Mike Sow Kar Meng: Memang Singapura benar-benar menguatkuasakan undang-undang mereka sedangkan Malaysia mempunyai banyak undang-undang diperkenalkan dan sesuai dilaksanakan tetapi belum dikuatkuasakan. Sebab itu kita mempunyai pelbagai peraturan 'substandard' bercanggah dengan mahkamah. Malah hakim sendiri keliru.
Abdul Majid Bin Mahadi: Mike Sow Kar Meng, saya bersetuju dengan anda, ia hanya seperti bangunan dengan bangunan lain, mereka begitu pandai membina tetapi buruk bila bab penyelenggaraan. Mereka menunggu kematian atau berlaku kemalangan sebelum sesuatu perkara dilakukan.
Tony Wong: Adakah kamu bermaksud Singapura akan memerintah Malaysia? Jika itu berlaku, maka tahap pendidikan dan kadar pertukaran matawang masing-masing akan menjadi lebih baik dan bertaraf dunia.
Harold Conrad Danker: Singapura tidaklah sebegitu bangang.
Ali Nadem: Kita mempunyai begitu ramai individu bodoh mentadbir negara. Mengapa sebuah negara kelas pertama perlu menurunkan taraf negaranya sendiri untuk ikut sama menjadi bodoh?
Komen-komen ini adalah berdasarkan kepada artikel “S’pore to rejoin Malaysia? Imagination runs wild to serve vested interests!”.
- Pasukan theantdaily
Singapura bukan sekadar antara negara termaju didunia. Apa perlu dibandingkan dengan Malaysia yang banyak menyumbang kepada kemajuan Singapura dari segi guna tenaga dan professionalisma. Apakah Singapura boleh mengatasi kesempitan ruang yang boleh dianggap semakin mendesak dan gawat sekali? Kemanakah akhirnya titiknoktah tamadun di Singapura kelak? Siapakah ahli fikir Singapura yang boleh mencari ruang solusi dalam menghadapi saat kegentingan situasi kehidupan di Singapura, baik dari segi pembangunan dan spiritual ?
ReplyDeleteWhat's up, after reading this remarkable piece of writing i am
ReplyDeletealso glad to share my familiarity here with colleagues.
Here is my blog post :: modern war hack 2014 ()