Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2014

Haa....Bodek Jangan Tak Bodek!

Biar pun Kerajaan China menekan rakyat Islamnya hinggakan berpuasa pun dilarang!
Tak ada dengar pun Malaysia membuat bantahan kecuali DAP

Memang padan dipadukan dengan Tengku Adnan
Kasim Ahmad pula murtad hanya di Terengganu sahaja
Negeri lain bukannya bumi Allah!

Malaysia bakal bina masjid bercirikan senibina China di Kuala Lumpur

 | July 3, 2014
Menteri bercadang untuk membina sebuah masjid bercirikan senibina China di tengah bandar Kuala Lumpur.
jamil khirKUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bercadang untuk membina sebuah masjid bercirikan senibina China di tengah bandar Kuala Lumpur.
Beliau berkata,  ini akan menjadikan hubungan di antara Malaysia dan China lebih unik dengan pembinaan masjid tersebut.
Jamil berkata, pembinaan ini turut dirasakan mampu menarik 23 juta penduduk di China yang memeluk agama Islam untuk datang ke Malaysia.
“Buat masa sekarang kita tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meluluskan cadangan ini.
Katanya lagi, Perdana Menteri juga sudah melawat beberapa buah masjid yang terdapat di China dan akan turut dilawati oleh menteri-menteri bagi melihat sendiri contoh-contoh masjid yang boleh dibawa dimana ia mampu melambangkan budaya masyarakat muslim China.
Tambahnya, pembinaan ini merupakan satu penghormatan yang menekankan konsep pemajmukan kerana di Malaysia terdapat hampir 57 ribu masyarakat cina yang menganut agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa