Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2014

Inikah Tahap Fahaman Islam Tengku Adnan?

Nurul Izzah terkejut dengan kenyataan Ku Nan

 | July 3, 2014
Izzah menjemput agar Tengku Adnan bersama-sama dengan Naib Presiden PKR itu pada malam esok dalam sebuah acara yang akan dilaksanakan oleh NGO 'Soup Kitchen'.
nurul izzahPETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa ‘soup kitchen’ perlu berpindah sebelum hari Isnin, ataupun berdepan dengan hukuman denda.
Malah Tengku Adnan turut menyatakan bahawa sebarang NGO dilarang menjalankan aktiviti memberikan makanan kepada orang gelandangan dalam lingkungan 2km dari Lot 10 di Jalan Bukit Bintang..
Jelas Izzah lagi, bukankah bulan Ramadan mengajar kita supaya bersyukur, serta mengingatkan kita terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik.
“Amalan bersedekah serta memberikan makanan kepada orang yang berpuasa amat digalakkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Malah Izzah turut menyatakan hadis yang menerangkan kebaikan-kebaikan bersedekah.
“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a, daripada Nabi SAW sabdanya, sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun ,” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Izzah turut meminta agar Menteri Wilayah itu membaca laporan Jayanath Appudurai dari Centre for Policy Initiatives untuk memahami dimensi kemiskinan supaya lebih memperlihatkan keprihatinan realiti semasa.
“Laporan tersebut menegaskan pada 2009, jika kadar kemiskinan negara berdasarkan Poverty Line Income (PLI) diukur kembali menggunakan kaedah “median income” seperti yang dilakukan di UK dan Australia, kos sara hidup sehari akan berubah dari RM5.80 sehari (mengikut PLI sekarang, RM800 seisi rumah) kepada RM 14.20 sehari.
“Ini bermakna statistik kemiskinan seisi rumah akan meningkat kepada 33.4% berdasarkan PLI baru atau RM2000,” katanya.
Selain itu, Izzah turut menyeru jika Tengku Adnan tidak mampu untuk cuba hidup bergelandangan selama tiga hari bagi memahami kesusahan golongan-golongan terpinggir, sekurang-kurangnya hadir bersama dalam sesi sumbangan NGO ‘Soup Kitchen’ itu.
“Saya berharap, sekurang-kurangnya Tengku Adnan hadir sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO ‘Soup Kitchen’ sebelum memberi kata putus,” ujarnya.
Malah, Izzah turut menjemput Tengku Adnan bersama-sama dengan Naib Presiden PKR itu pada malam esok dalam sebuah acara yang akan dilaksanakan oleh NGO ‘Soup Kitchen’.
“Kita harus memiliki empati, lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin,” katanya kepada Tengku Adnan.
Izzah turut memetik daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menyatakan bahawa ‘sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan’.
Katanya, pengajaran hadith ini ialah ‘setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah.
Jelasnya lagi, hal ini kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk didalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
“Adakah tindakan Tengku Adnan ini bersesuaian dengan semangat Ramadan yang telah diajar oleh Rasulullah?
“Sekali lagi saya ingin menggesa Tengku Adnan agar memperbetulkan kesilapan yang melampau ini,”  ujarnya tegas.

2 comments:

  1. Memang Teuku Adnan ni jenis Hampeh! Awak fikir KL ni mak bapak awak yang punya.

    ReplyDelete
  2. Nak wat hardrock cafe nasyid kat situ laaa...so yg merempat tuh jgn minta sedekah dkt cafe tuh.nanti malu negara n mereka2 yg suka sgt rasmi tempat maksiat tu walau pegang title ketua menteri or menteri or ketua agama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa