Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 15, 2014

Haa...Ha.... Bila Dah Lantik Menteri Halal, Semuanya Halal!

Lebih kurang samalah dengan Najib lantik menteri Halal 
Sehinggakan duit zakat pun halal untuk kegunnan peribadi?

Selagi Majikannya yang mengisi periuk nasi di rumahnya, setakat mana sangatlah ketegasannya di dalam menjalankan tugas

Industri perlu lantik eksekutif halal demi jamin integriti, kata Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) meminta pihak industri memberi perhatian serius terhadap pelantikan eksekutif halal berdasarkan keperluan industri dalam meningkatkan integriti selain mencapai sifar kesilapan dalam penghasilan produk halal.

Beliau berkata pelantikan itu perlulah merangkumi eksekutif halal sepenuh masa, penasihat syariah, panel syariah, dan pengerusi syariah.
"Pelantikan itu dapat membantu pihak industri dalam mengurus dan mengekalkan status pensijilan halal dan mampu mencapai kualiti serta mengelak berlaku sebarang kontaminasi haram," katanya dalam ucapannya pada pelancaran Program Latihan Eksekutif Halal dan buku "Isu Halal Kontemporari" di Bangi, hari ini.
Program latihan Eksekutif halal dianjurkan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia (Pehma) bagi memberi pendedahan kepada eksekutif halal untuk memahami asas saintifik dan perspektif syariah dalam isu halal.
Program dua hari itu, yang bermula September ini dengan penganjurannya empat kali dalam tempoh dua tahun, dibuka kepada eksekutif halal yang mempunyai latar belakang dalam bidang syariah atau pengajian Islam.
Jamil Khir berkata pelantikan eksekutif halal juga dapat mengelak pergantungan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kemajuan Islam Negeri (Jain) dalam memastikan pensijilan halal memenuhi hukum syarak.
"Ini kerana eksekutif yang dilantik mampu melaksanakan tugas tersebut bersama jawatankuasa dalaman yang dibentuk," katanya.
Beliau turut meminta Jakim supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pemegang sijil halal yang melanggar dasar syariah yang ditetapkan berdasarkan Pindaan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. – Bernama, 14 Julai, 2014.

1 comment:

  1. Tengok mamat neh teringat kedberi..hehe.lain kali wat kerja btol2.kan dah kena gelak idop2.tahap menteri umngok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa