Kita negara berdaulat.......kalau kita diceroboh dengan ganas, kalau tembak untuk membunuh pun rakyat tidak akan salahkan TLDM
Kerana kita berlembutlah berlakunya peristiwa Lahad Datu yang mngorbankan pasukan keselamatan kita
Tembak halang penceroboh larikan diri - Panglima Tentera Laut
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan tindakan menembak penceroboh bukan bermakna pasukan keselamatan negara bertindak kejam, sebaliknya sekadar menghalang mereka melarikan diri.
"Ada yang mengatakan kita (pasukan keselamatan) akan melakukan kekejaman, kita tembak untuk membunuh orang. Ini salah. Kita akan tembak apabila mereka tidak berhenti dan melarikan diri," katanya kepada pemberita, di sini.
Beliau diminta mengulas lanjut kenyataannya semalam yang memohon kepada kerajaan agar membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah pihak yang menceroboh perairan negara di Sabah.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, sekarang bukan masanya untuk pihak berkuasa berlembut terhadap penceroboh terbabit.
"Saya mohon budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini. Sekarang bukan masa untuk berlembut lagi. Berapa ramai lagi anggota pasukan keselamatan akan terkorban jika penceroboh masih bermaharajalela," tegasnya.
Beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara boleh mengeluarkan Peraturan Kawalan Tembakan yang membenarkan tembakan dilakukan ke atas mana-mana unsur yang dicurigai boleh menggugat keselamatan negara.
Kenyataan beliau ini menyusuli kejadian serangan hendap ke atas pasukan keselamatan yang dilakukan oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, kelmarin.
Dalam kejadian 11.10 malam itu anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan. - BERNAMA
La, baru sekarang kita tahu yang tentera kita kena telefon Najib dulu minta izin tembak penceroboh di Sabah!! Patutlah tentera dan polis kita di Sabah jadi sitting ducks. Bila difikir2kan fahamlah kita kenapa berlaku macam itu; kalau tembak mati, hilang pulak undi deposit.....
ReplyDeleteApe punya alasan daaaaaa...dah brapa lama tentera di tubuhkan.masih dok kalut pasal ni kaaaaa..adoiiiiiiii....bikin malu penjawat awam shj.org tegur marah n merajuk.dah mati baru nak bising itu inilah.alasann..kah kah kah.bagi laa alasan menopu kaw2 sket...ini tahap crita hindustan desyum2 jerr.
ReplyDeleteSamalah tu, 2 x 5, yang beri arahan dan yang ikut arahan.
ReplyDelete