Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 15, 2014

Isy...Isy...Belit Lagi!

Kalau tidak ada arahan supaya jangan tembak, takkanlah Panglima TLDM begitu naive tentang peraturan dan arahan?

Pasukan keselamatan diberi kuasa tembak penceroboh, kata Zahid 
MI - Published: 14 July 2014
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di Kangar hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.
Mengulas lanjut, Zahid berkata penceroboh menghubungi pihak berkuasa pagi tadi untuk memaklumkan anggota polis yang diculik itu dalam keadaan selamat, namun soal wang tebusan tidak disebut.
Mengenai pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) diteliti semula, Zahid berkata beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia.
"Kita juga harus lebih proaktif, tidak boleh tunggu mereka menyerang baru nak ambil tindakan. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas," katanya.
Zahid berkata semua pasukan keselamatan di perairan timur Sabah juga sudah diarahkan agar lebih berwaspada.
"Kerajaan juga berharap nelayan, pemilik bot dan penduduk di perkampungan air bekerjasama dengan pihak berkuasa. Penceroboh tidak ada hasrat menghormati atau patuh undang-undang kita dan sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur soal keselamatan negara dengan kumpulan ini," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dua anggota polis terbabit.
Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik. – Bernama, 14 Julai, 2014.

6 comments:

  1. Siapa la ni pembohong???
    1. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    2. Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
    3. Media...

    haha...

    ReplyDelete
  2. Laa..kalau x boleh tembak kenapa dok pikul senapang tu..buat beban jer pikul sana sini..

    ReplyDelete
  3. Oii org sabah, celik laa mata. Mcm ni federal jaga korang, nak sokong lgi ke?

    ReplyDelete
  4. wang mengaburi segalanya

    ReplyDelete
  5. wang mengaburi segalanya

    ReplyDelete
  6. Semua nie kegagalan dan kedangkalan zahid.jika di luar negara,dah lama menteri nya letak jawatan.tapi sayang,diMalaysia nie menteri nya jenis muka tebal.malu la oi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa