Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2014

Kanak-Kanak 4 Tahun Ditikam: Angkara Dadah Atau Gila?

Kanak-kanak empat tahun cedera ditikam

Seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat ditikam seorang anggota keluarga yang mengamuk di sebuah rumah di Jalan Bayam di Kota Baharu petang semalam.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya, 4, cedera di kiri dan kanan pinggang dan kini dalam keadaan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian amuk itu berlaku selepas suspek berusia 44 tahun cuba mendapatkan kepastian berhubung duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya setiap bulan melalui akaun bapa mangsa.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima, Azham berkata suspek tiba-tiba menjadi marah dan mengugut untuk menikam mangsa jika bapa mangsa tidak bercakap benar.
Azham berkata lelaki itu kemudiannya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu menuju ke arah kanak-kanak itu yang sedang bermain di belakang rumah dan menikam pinggang sebelah kiri mangsa.
"Selepas itu, suspek yang masih dalam keadaan mengamuk membawa masuk mangsa ke dalam rumah dan menikam pula bahagian kanan pinggang mangsa," katanya.
Katanya, bapa kanak-kanak itu menarik anaknya keluar dari rumah bagi menyelamatkannya sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi ambulans.
Azham berkata suspek yang juga pengganggur ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – Bernama, 2 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa