Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2014

Perkembangan Man. United Musim Depan

Louis van Gaal Dijangka Guna Formasi 3-4-3 Di Man United
Diterbitkan: Rabu, 2 Julai 2014 10:20 PM - mStar
LOUIS van Gaal dijangka akan menggunakan formasi 3-4-3 di Manchester United pada musim baru Liga Perdana Inggeris selepas ia kelihatan berkesan ketika dipraktikan oleh skuad Belanda pada saingan Piala Dunia.
Bagaimanapun mengikut sejarah Liga Perdana Inggeris, formasi tersebut tidak dapat memberi tekanan kepada pasukan lawan yang rata-ratanya menggunakan sistem 4-4-2.
Berikutan itu media England menganggap Van Gaal bakal menemui kegagalan sekiranya menggunakan formasi tersebut.
Bagaimanapun, formasi itu juga akan memberi kekuatan serangan luar biasa kepada United jika Van Gaal berjaya meletakkan pemain yang sesuai mengikut posisi.
Berdasarkan formasi berkenaan, Phil Jones dan Jonny Evans dijangka akan dapat bermain lebih kerap manakala pertahanan kiri yang baharu, Luke Shaw akan diberi kebebasan untuk melakukan serangan dari bawah.
Michael Carrick pula perlu bersaing dengan Ander Hererra bagi merebut posisi tengah.
Robin van Persie akan kekal mengetuai bahagian serangan jika tiada penyerang ternama lain dibawa United pada musim panas ini.
Formasi 3-4-3 bukanlah pilihan utama Van Gaal jika diperhatikan ketika dia membimbing Belanda kerana jurulatih terbabit mampu menukar formasi sekiranya melihat permainan gagal membuahkan hasil.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa