KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 5 July 2014
Mengenangkan Tengku Adnan Mansor, beliau tinggal di dunia yang berbeza daripada 99% daripada rakyat Malaysia.
Pernahkah anda melihat rumah agamnya di kejiranan mewah di Bukit Tunku, yang jaraknya tidak jauh dari kediaman peribadi perdana menteri?
Jika anda salah seorang daripada ribuan pengguna jalan raya yang menggunakan Jalan Duta setiap hari, akan mungkin melihat rumahnya.
Pagar rumahnya dihiasi dengan beberapa poster mega Barisan Nasional atau pemimpin negara. Rumahnya paling kurang setinggi tiga tingkat, dengan harga dalam lingkungan RM10 juta.
Ku Nan dan ahli keluarganya memiliki segala-galanya. Makanan terbaik. Penginapan terbaik. Pakaian terbaik. Kereta terbaik. Pesawat udara terbaik. Destinasi percutian terbaik. Pembantu orang tempatan. Pemandu. Pengawal peribadi. Tukang kebun.
Ini merupakan dunia kehidupannya yang bagus dan selesa.
Pengetahuannya tentang penderitaan seharian rakyat Malaysia amat sedikit; sama ada mengenai seorang kerani di Jabatan Kira-Kira yang mempunyai beberapa mulut untuk disuap ataupun golongan terpinggir di sepanjang jalan di Kuala Lumpur yang hidup demi sesuap nasi.
Apabila berbicara tentang empati (jarang dia bercakap tentang empati), Ku Nan hanya fikir tentang ahli partinya sahaja. Bukan rakyat biasa yang lain.
Kerana dunianya mewah dan selesa.
Maka rakyat usahlah terperanjat apabila Menteri Wilayah Persekutuan itu mengarahkan dapur jalanan di bandar menutup operasinya dan bercakap tentang isu gelandangan dan golongan miskin seperti mereka kepingan sampah.
Disebabkan itu, Ku Nan terpaksa dibela oleh menteri Umno yang lain. Ini benar-benar membingungkan apabila beliau kini terpaksa meminta pertolongan badan bukan kerajaan (NGO) memikirkan jalan penyelesaian isu gelandangan di Kuala Lumpur.
Kita cuma mampu bayangkan seorang menteri yang baik seharusnya sedar kesilapannya selepas kenyataan awal mendapat kritikan ramai pihak.
Sekarang, dia menarik balik kenyataannya dengan satu-satunya cara yang dia tahu; dengan berpura-pura mengatakan beliau disalah tafsir.
Tetapi kenyataannya tidak disalah ertikan. Kita tahu siapa dia sebenarnya.
Seperti menteri lain, pemimpin politik Umno yang berpengaruh, beliau hidup dalam dunia yang berbeza dengan rakyat Malaysia yang lain, iaitu dalam dunia yang mempunyai akses kepada segala-galanya.
Perkara paling penting yang hilang dalam dunia ini ialah EMPATI – sifat yang patut ada pada setiap wakil rakyat dan menteri.
Malangnya sifat itu tidak ada dalam ruang hati segelintir pemimpin yang tinggal dalam rumah agam mewah. – 5 Julai, 2014.
Oh my goodness! Awesome article dude! Thanks, However I am encountering
ReplyDeleteissues with your RSS. I don't know why I can't subscribe to it.
Is there anyone else having the same RSS problems? Anybody who knows
the solution can you kindly respond? Thanx!!
Also visit my website somatodrol (http://poisian.cafe24.com/xe/?document_srl=509869)
hanya sifat lahanat ada pada kangkung@kongkang ni ! ABU !
ReplyDeleteKubur den x de tingkek
ReplyDeleteKehidupan mewah orang UMNO mana ada sifat belas kasihan mereka hanya ada sifat mahu menekan ,tapi maknusia susah tak sedar yang mereka sentiasa dipergunakan ,lihat saja bila dekat perayaan mereka akan diberi habuan lepas itu semua puji yang maknusia sebigini berjiwa mulia ,apa aku peduli ambil saja apa yang diberi oleh siapa itu yang sepatutnya berada dijiwa pengeladangan ini kecualilah yang memberi itu berjiwa rakyat ,aku tabik Khairi yang sedia membela NGO yang murah hati ,tapi maknusia laknat Ku Nan patut lah mati ditepi jalan baru tahu bagai mana akan dia dilayan.
ReplyDeletePadan muka orang melayu yg beria-ia memenangkan mangkuk hayun haramjadah ni!!! Padan kita semua!!,
ReplyDeleteKecelakaan apa lagi yg cuba dicelakai oleh para celaka dari parti celaka sedunia.
ReplyDeleteFantastic beat ! I would like to apprentice while you amend your website, how
ReplyDeletecan i subscribe for a weblog website? The account helped me
a applicable deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast provided vibrant transparent idea
Look at my blog - Dynasty Heroes The Legend Hack
Hi mates, pleasant piece of writing and pleasant arguments commented at this place, I am actually enjoying by these.
ReplyDeleteFeel free to surf to my blog post ... lasertest