Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 5, 2014

Bukankah Penguatkuasaan Undang-Undang Ada Di Tangan Kerajaan?

Kenapa peristiwa pahit dan hitam itu harus diungkit oleh seorang TPM?

Selain rakyat marhaen perlu bertertib dan menjaga hak dan hati orang lain, bukankah kuasa untuk benteras ada di tangan kerajaan?
Jadi Muhyiddin perlu ingatkan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling penguasa yang menganggap diri mereka kebal dari undang-undang terlebih dahulu

Menteri berkenaan juga jangan 'memBadotkan' diri
Mereka adalah menteri Rakyat Malaysia. Bukan menteri bagi Melayu atau Cina sahaja!
Sebarang tindakan janganlah Double standard

Muhyiddin beri amaran tentang ‘peristiwa berdarah’ jika ketegangan kaum tidak dikawal 
MI - Published: 5 July 2014
Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara.
Timbalan perdana menteri itu berkata ketegangan dan hubungan tidak baik antara kaum memungkinkan insiden itu berulang lagi.
"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969)," kata Muhyiddin dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.
"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.
"(Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," kata beliau.
Muhyiddin juga menyatakan kebimbangan ke atas penghinaan kepada masyarakat kaum Melayu dan Islam kebelakangan ini.
"Saya sendiri sebagai timbalan perdana menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.
"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," kata beliau.
Pertikaian kaum dan agama sering diperdebatkan di dalam negara, tidak kurang juga ada yang mencetuskan kontroversi.
Beberapa insiden provokasi yang dilakukan kumpulan pendesak Melayu yang juga penyokong kuat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi tumpuan, malah seakan-akan mendapat restu daripada pemerintah.
Januari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon menjadi mangsa perkauman penyokong pemerintah yang memainkan isu perkauman.
Sekumpulan penyokong Umno berhimpun sebagai reaksi balas ke atas demonstrasi kangkung yang dianjur Lee sebelum itu, mereka menghamburkan kata-kata perkauman dan provokasi.
Februari lalu, sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Majlis Jemaah Islam NGO yang mengancam keselamatan ahli politik DAP, Teresa Kok, berikutan klip video Tahun Baru Cinanya.
Kumpulan itu menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan wang kepada mereka yang berani menampar Kok atas tuduhan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Pada Mei lalu, sekumpulan Pemuda Umno berdepan di depan ibu pejabat DAP mengancam untuk membakar dan melaungkan kata-kata provokasi, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil. – 5 Julai, 2014.

2 comments:

  1. Wow, that's what I was seeking for, what a data!
    existing here at this weblog, thanks admin of this web site.


    Also visit my blog post - sizzling hot deluxe automaty

    ReplyDelete
  2. gerombolan kangkung mengugut lagi ! bila mangkuk-mangkuk memutarbelitkan fakta & ugutan berterusan tanpa akal ! undang & penguasaan ada ditangan pemerintah tapi macam taik ! ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa