Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 9, 2014

Khalid Begitu Yakin. Apa Rahsianya?

Khalid Tidak Kisah Usul Undi Tidak Percaya
Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 9:29 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
SUBANG JAYA: Meskipun menerima tekanan untuk disingkirkan daripada kedudukannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap tenang menghadapi desakan termasuk yang terbaharu daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor.


Malah Menteri Besar itu tidak kisah jika dakwaan kononnya akan wujud usul undi tidak percaya terhadapnya oleh Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC).
"Tak apa, itu (usul undi tidak percaya) ada peruntukannya dalam enekmen negeri Selangor.

"Jadi bila sudah ada dalam enakmen, apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya ketika ditemui pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di sebuah hotel di sini.

Ditanya sama ada usul undi tidak percaya terhadapnya akan mendapat sokongan daripada wakil rakyat sekiranya berjaya dibentangkan, beliau berkata: "Saya tidak buat spekulasi dalam hal ini."

Awal hari ini (Selasa) timbul spekulasi berhubung mesyuarat khas BBC yang dipengerusikan musuh politik Abdul Khalid, Mohamed Azmin Ali bahawa satu usul undi tidak percaya akan dibuat terhadap Menteri Besar itu.

Bagaimanapun  Azmin ketika ditemui selepas mesyuarat itu menafikan isu berkenaan dan sebaliknya menggesa semua pihak menghentikan fitnah dan spekulasi terhadap Abdul Khalid.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa