Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 10, 2014

Maria Farida: Dari Penampilannya Dua Kali Lima Saja Jahilnya!

Isu Bikini, Maria Farida Tergur Peminat Kaitkan Agama
Diterbitkan: Khamis, 10 Julai 2014 3:01 AM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai.

Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar ibadat tersebut perlu dilakukan.

"Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?

"Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama," katanya kepada mStar Online.  

Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).
Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.
Bagaimanapun kata Maria, disebalik dia dihentam teruk kerana gambar berkenaan, dia juga bersyukur apabila masih ramai yang memberikan kata-kata teguran membina dan positif kepadanya. 

"Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah.

"Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul," katanya.

Sementara itu, Maria berkata, kontroversi bikini tersebut tidak sepatutnya timbul kerana gambar itu bukan menampilkan dirinya mengayakan pakaian berkenaan untuk dipertontonkan kepada peminat di Instagram.

Kata Mariah, sebagai seorang wanita dia masih tahu menjaga batasan berpakaian tambahan pula usianya kini sudah mencecah 40-an.

Dalam perkembangan lain, Maria berkata, sepanjang bulan Ramadan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan kerana ingin menggunakan kesempatan ini untuk melakukan solat Terawih.

"Alhamdulillah puasa tahun ini cukup tenang dan dapat menghabiskan masa dengan buat solat Terawih bersama anak saya dan persiapan untuk Aidilfitri juga dibuat secara sederhana sahaja," katanya.

8 comments:

  1. Pakai lah pakaian tu pergi terawih

    ReplyDelete
  2. Bagitulah jahilnya sesaorang artis melayu yang konon mengaku beragama islam bila bergelar artis yang tidak mahu menerima teguran dari orang lain yang mungkin lebih sikit ilmunya berkenaan bab agama dari diri kita yang serba kekurangan yang bernama maknusia bukan malaikat.

    ReplyDelete
  3. If some one wants to be updated with most up-to-date technologies
    then he must be visit this site and be up to date everyday.


    my homepage; milky way galaxy map

    ReplyDelete
  4. nak tanya sikit, kenapa bila maria farida post gambar pakaian dalam begitu terus jadi viral dan hentam macam-macam. gambar pakaian dalam jer pun, bukan digayakan oleh maria farida. semua orang pakai pakaian dalam bukan? kenapa tak hentam tokey pasaraya yang lambakkan pakaian dalam, siap dengan gambar ghairah untuk menarik pembeli. dalam internetpun bersepah iklan pakaian dalam, sampai boleh jadi bahan koleksi lucah. kekadang tak faham cara masyarakat kita mengulas sesuatu isu. ikut-ikut sahaja, orang marah semua ikut marah. kering idea dan minda tertutup rapat. kalau maria farida bergaya seksi gila dengan pakaian dalam, akupun boleh marah, cuma tak tahu bagaimana cara marahnya....

    ReplyDelete
  5. Biar lah dia pakai , nak buat apa komen bukan dia tak waras...

    Lagi pun tak mungkin dia nak pakai bikini bila dah umur 60-70 tahun bika badan dah ganyut...

    Biar lah kan masih muda lagi , baru 44 tahun....

    ReplyDelete
  6. rocky de Langat says: macam aku slalu cakap, artis di Malaysia ni slalu anggap diaorg ni dapat imuniti seksaan kubor & akhirat sama macam pemimpin2 satu parti tu yang carik duit tak habes2 sebab dah tau berapa nak "kau tim" dengan malaikat malek, mungkar & nangkir!

    ReplyDelete
  7. Pakai xtutup aurat tu pun dh dikira hina agama...mmg patut pun kne sindir "elok buat solat istiqarah"...bagi pedas ckit...melayu kan terkenal dgn budi bahasanya..

    ReplyDelete
  8. Dari komennya nampak sangat taraf pengetahuan agamanya. Dia fikir solat istikarah hanya bagi tujuan memilih bakal suami saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa