Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 10, 2014

Bertambah Hangat: Bekas Pegawai Polis Yang Sentiasa Diam Pun Dah Tak Senang Duduk!

Zaman Khan Buat Laporan Polis Terhadap P.Ramasamy Didakwa Menghasut
Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 9:26 PM - mStar
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan.

Selepas membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini pada 1 petang tadi, beliau memberitahu pemberita bahawa kenyataan Ramasamy itu bersifat hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

"Kenyataan Ramasamy ini dilihat sebagai satu tindakan subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara dan tidak patut dinyatakan oleh seorang wakil rakyat.

"Justeru itu, saya membuat laporan ini sebagai warganegara yang perihatin supaya polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap beliau," katanya.


Ramasamy dipetik sebuah portal berita pada Isnin lepas sebagai berkata beliau tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung.

Zaman Khan bagaimanapun berpendapat kenyataan Muhyiddin itu sama sekali tidak bermaksud menimbulkan huru-hara sebaliknya sebagai peringatan kepada semua rakyat agar terus kekal bersatu dan mempertahan keharmonian negara.

Menurutnya semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan agama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Di KEPALA BATAS, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Pulau Pinang (Pembela) Mohd Hafiz Nordin berkata Ramasamy yang dipetik sebagai berkata beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang dilihat seolah-olah mencabar undang-undang negara.

"Kami bimbang jika kenyataan Ramasamy itu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, lebih ramai yang akan keluarkan kenyataan sepertinya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini, hari ini.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara supaya tegas memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPU ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan polis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.

8 comments:

  1. Ini lagi seeor bekas polis dan juga bekas pencetus membunuh di Mamali yang bukan saja mencari jalan untuk bergaduh tapi memberi batu apai,cuba kita berfikir dengan waras pokok tidakakan bergoyang jika tiada angin , kalau yang bercakap seperti Ramasamy itu bangsa melayu adakah kita akan bersuara,walhal sebelum ini pun sudak berkoyan ,bangsa kita sendiri telah membuat provokasi yang menaikkan berpagai cerita untuk menidakkan hak kerakyatan bangsa bukan melayu ,adakah mereka yang telah beranak pinak dinegara yang serba mewah dan aman ini telah kita nafikan hak mereka walaupun mereka bukan tergolong dalam kelompok bumi putra atau pibumi dalam negara ini,fikirlah jika TPM Muhidin Yasin dan perkasa telah mengeluarkan kenyataan pada mereka yang telah memulakan ,apakah mereka yang menjawab balas untuk menidakkan apa yang telah berlaku itu berupa hasutan,fikirlah sebaiknya dan sewarasnya sebelum kita menuduh pada orang lain, aku tidak membela sesiapa tetapi kita sebagai maknusia ada akal yang Allah berikan bukan haiwan yang hanya ada otak tapi yiada berakal.

    ReplyDelete
  2. Kenapa tiada sesapa yg buat lapuran polis terhadap Mahyuddin? Kan dia dulu yg mulakan issue May 13.

    ReplyDelete
  3. rocky de Langat says: laaa.. die tak takot 13 Mei bagoss la, kite buat la tiap2 tahon ada 13 Mei lagi bagoss, dulu patot ade pada 2002 tapi kerajaan pulak terlalu sayang tak bagi gado2 siap pujok2 lagi.. buat macam2 menan & pesta nak ambek ati kunon padahai sape yang pukoi sape dulu?

    ReplyDelete
  4. memang ya...umno cilaka ni memang bangsat perangainya...dier yang mulakan isu ni, org lain sambut je la...apa masalahnya??? memang ya, kalo bani melayu umngok yang buat kenyataan hasut sehasutnya diBOLEHkan, org lain buat tak bolh, mcm2 tohmahan dan hasutan dilemparkan ke atas bukan melayu sejak2 akhir2 ni, malangnya tiada tindakan tegas oleh pihak berwajib diambil..zulkifli nordin, abdullah taik, pakheng, termasuk peend sendiri serta sepupunya sendiri..zaman gertak menggertak dah tak blh pakai dah....gunalah cara lain yang lebih moden...ini zaman ict global mah...

    ReplyDelete
  5. jangan sangka buruk , hendaklah sangka baik walaupun itu perbuatan buruk. ni habis semua kawn tu buat laporan kawn ni kata dia betui dan macam2 lagi. tapi kalu ada orang berhajat nak menjual dia tak kisah ada permit ka tak dak.

    ReplyDelete
  6. jangan sangka buruk , hendaklah sangka baik walaupun itu perbuatan buruk. ni habis semua kawn tu buat laporan kawn ni kata dia betui dan macam2 lagi. tapi kalu ada orang berhajat nak menjual dia tak kisah ada permit ka tak dak.

    ReplyDelete
  7. nak tanya sikit...??
    -siapa yg selalu sebut pasal 13 Mei?
    -siapa yg selalu sebut akan berlaku hura-hara jika BN jatuh?
    -siapa yg tunjuk berani dan sebut akan bakar bangunan perhimpunan Cina (diKL)?
    -siapa yg sebut akan basahkan keris dengan darah Cina..?
    -siapa yg sebut orang Cina balik ke Negeri Cinalah...
    -siapa yg sebut "kita tidak memerlukan undi Cina" semasa di PAU, diDewan Merdeka...

    ....banyak lagilah nak sebut tapi aku meluat dengan Umno/BN.

    p/s; Tok Zaman Khan, aku respect sama lu... tapi kalau lu dah termakan tahi Umno/BN... boleh jalanlah... zaman lu dh habis... duk masjid buat amal ibadat lagi baik untuk bekal "akhir zaman"..

    sorryla.... marah sikit dalam bulan posa ni... Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  8. Duit pencen dah tak cukup, maklumlah harga barang dah naik. So buatlah sesuatu, kalau nasib baik adalah habuan dilantik sebagai CEO ke, pengurus ke, pengerusi ke.Cara paling mudah ialah jadi barua.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa