Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 2, 2014

Ini Dia Muka Sial Yang Memalukan Negara......

'Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik'
Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.

Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen (kanan) berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.

Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.

Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.

Bukan setakat langgar disiplin

"Peguam for Liberty terkejut bahawa kerajaan Malaysia menegaskan ia memberi kekebalan diplomatik untuk melindungi Muhammad Rizalman (Ismail) daripadas apa yang jelas satu kes serius serangan seksual dan pecah rumah - perbuatan yang tiada berkaitan dengan peranan diplomatiknya.

"Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa kekebalan diplomatik adalah penting untuk diplomat bekerja tanpa gangguan di negara asing, tetapi ia bukan satu lesen untuk melakukan jenayah dan sudah tentu tidak boleh digunakan dalam kes ini," katanya.

Beliau juga berkata Rizalman tidak sepatutnya hanya berdepan dengan mahkamah tentera seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar kerana dia bukan setakat dituduh melanggar disiplin.

"(Ianya) tidak munasabah kerana ini bukan isu disiplin tetapi kesalahan jenayah yang serius yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita," katanya. - mk


5 comments:

  1. tunggu siasatan, jgn cepat2 mengutuk suspek.

    kita tk tau lagi bagaimana ia berlaku dan apa puncanya.

    sabar sempena ramadhan ni. sabar dan waras dan adil itu penting utk menangani sesuatu kes.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Tuan.. tunggu siasatan.. boleh jadi ke atau mungkin ke ni kisah cinta antara atase dan wanita berkenaan.. ada yang tak kena dalam percintaan mereka.

    ReplyDelete
  3. Mungkin bersangkut isu isu perisikan barangkali, lalu dituduh sexual harassment, mungkin juga mamat ni kemaruk

    ReplyDelete
  4. Sdr/i semua.

    Saya tak kata dia bersalah.

    Apa yang dikesalkan ialah kerana dia dan kedudukan dia isu ini timbul dan menjadi besar. Cara isu ini dikendalikan oleh kerajaan Malaysia dan Mahkamah New Zealand memalukan negara ini dan rakyatnya

    ReplyDelete
  5. jalan cerita ini standard bila si pompuan mengamuk dengan jantan dia ; mungkin mangsa tu adalah pompuan soljal ini kot...

    bila dah mengamuk , pompuan bukan pakai otak sangat - itu sebab buat report macam macam.

    pasti sekarang pompuan tu sudah menyesal... ini jalan cerita standard lah !

    buang masa semua orang aja , mat salleh new zealand tu pun bukan ada kerja , saja aja nak buat sibuk...

    bebudak bahalol jugak tu !!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa