Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 2, 2014

Isu New Zealand: A Kadir Jentik Telinga Anifah Aman Dan Hishamuddin

Putrajaya perlu tegas terhadap rakyat Malaysia cemar nama negara
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 2 July 2014
Putrajaya perlu tegas menangani kes warganegara Malaysia di luar negara supaya imej negara tidak terjejas, kata bekas Ketua Pengarang NSTP, Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider

Putrajaya seharusnya tegas dalam menangani warganegara Malaysia yang melanggar undang-undang di luar negara kerana disebabkan sekelompok kumpulan sedemikian, nama baik seluruh warga Malaysia akan terjejas, kata Datuk A Kadir Jasin.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu dalam laman blog miliknya, The Scribe berkata, kementerian dan menteri yang berkenaan seharusnya mempunyai pendirian tegas dalam kes sedemikian.
"Khusus buat para menteri, sila buktikan yang anda ada tulang belakang.
Kadir berkata demikian sebagai mengulas insiden seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikenali sebagai Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas di Suruhanjaya Malaysia di New Zealand dituduh pecah rumah dan mencabul kehormatan.
"Masya-Allah! Kalau betul dakwaan kerajaan New Zealand itu, malu besarlah kita. Melayu dan Islam pula tu!," katanya.
Kadir berkata, kerajaan New Zealand dan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dan negara itu juga sering memberi bantuan kepada Malaysia sejak 1949 termasuk memerangi komunis.
"Kalau orang Islam dan orang Melayu tidak mahu terpalit dengan lumpur akibat peristiwa ini, mereka wajib mengutuknya," katanya.
Beliau berkata, jumlah rakyat Malaysia yang mengotorkan nama negara di luar juga semakin bertambah, atas pelbagai kesalahan seperti menyeludup dadah dan hidupan liar.
"Ada yang ditangkap kerana menipu kontrak, menjadi anggota sindiket judi dan pelacuran, ada juga yang dipenjarakan kerana mendera anak," katanya.
Memetik laporan Bernama, Kadir berkata, dalam tempoh enam bulan pertama 2012, seramai 2,500 rakyat Malaysia ditahan di penjara luar negara atas pelbagai kesalahan.
"Antara kesalahan yang dilakukan ialah menyeludup dadah, membunuh, memalsukan kad kredit, kesalahan komersial, mencuri, kesalahan imigresen, menipu serta memalsukan dokumen, dan penyeludupan manusia."
Katanya, Wisma Putra juga harus dikutuk sekiranya tidak mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.
"Saya cabar Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) agar bertindak tegas demi membersihkan nama negara.
"Saya kenal siapa kedua-dua menteri itu.
"Jadi bapak-bapak menteri dan bapak-bapak jeneral tolonglah tunjuk kesungguhan dan profesionalisme.  
"Janganlah lembik, lembut dan apologetik tidak kena tempat," katanya. – 2 Julai, 2014.

1 comment:

  1. Yg lembik..lembur tu jgn la sebut....marah si menteri auw..auw...auw nnt

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa