Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 1, 2014

Nasiblah Rakyat Malaysia, Ramai Menteri Yang Tempang Lidah!

Selepas MH370, Malaysia terlibat dengan masalah di NZ pula 
KOMEN: Ya! Saya seperti piring hitam rosak yang memainkan lagu berbalik-balik. Tetapi begitulah keadaannya.
Itulah juga cara Umno dan kerajaan BN pimpinannya menguruskan hal ehwal di dalam negeri serta di luar negara.
Walaupun masih dibelenggu misteri kehilangan MH370, kini Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand pula yang menjadi bahan berita akibat skandal seks melibatkan seorang diplomat Malaysia.
Sudah semakin jelas bahawa perkara ini juga bakal menyaksikan penafian, pertelagahan, dakwaan dan percanggahan di dalam tempoh 24 jam selepas ia didedahkan – sama seperti apa yang menimpa pesawat MH370 yang hilang dari ruang udara bersama-sama 239 penumpangnya pada 8 Mac lalu.
Beberapa jam selepas Menteri Luar Datuk Anifah Aman memberitahu media tempatan bahawa Malaysia tidak akan menolak melucutkan kekebalan diplomatik bagi suspek di dalam kes serangan seksual di New Zealand, kerajaan NZ telah mengeluarkan dokumen bagi menafikan kenyataan Anifah!
Kerajaan negara itu mengeluarkan dokumen bagi menafikan dakwaan Anifah bahawa Wellington menawarkan agar diplomat Malaysia yang juga suspek itu pulang ke negara asalnya.
Menurut Malaysiakini, ia turut menunjukkan bahawa Malaysia memohon dakwaan terhadap Muhammad Rizalman Ismail bagi tuduhan merompak dan menyerang dengan tujuan merogol itu digugurkan.
Salah satu dokumen yang dikeluarkan ialah surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Menteri Hal-Ehwal Luar dan Dagangan NZ.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon kerjasama Kementerian Hal-Ehwal Luar dan Dagangan NZ dan polis New Zealand bagi menutup segala dokumentasi berhubung perkara di atas dan menarik balik segala dakwaan terhadap Muhammad Rizalman Ismail,” surat yang bertarikh 21 Mei itu berbunyi.
Surat tersebut dihantar bagi membalas sepucuk suratdaripada Kementerian Hal-Ehwal Luar dan Dagangan NZ, bertarikh 10 Mei yang mana pihak tersebut memohon agar kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi  membolehkan tertuduh berdepan pertuduhan di mahkamah New Zealand.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada Muhammad Rizalman dan memutuskan beliau wajar pulang ke Malaysia secepat mungkin.
“Sekiranya Kementerian Hal-Ehwal Luar dan Dagangan NZ bersetuju, dia dan keluarganya akan dihantar pulang pada Khamis 22 Mei 2014 pada 1.15pm dengan penerbangan Mh130,” kata surat tersebut.
Dokumen itu dikeluarkan hari ini selepas dipohon Media Fairfax, di bawah undang-undang kebebasan informasi New Zealand.
Jadi apa katamu Anifah? Asyik memalukan rakyat dan negara saja!
Malaysian Insider memetik Anifah berkata siasatan terhadap Rizalman akan dilakukan di Malaysia, dan Kementerian Pertahanan telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi perkara tersebut.
“Sekiranya perlu, kita akan memikirkan samada melucut kekebalannya, tanpa ragu-ragu,” beliau dilaporkan berkata di sidang akhbar di Wisma Putra Putrajaya.
“Tetapi kita yakin terhadap Lembaga Siasatan ini ...dan akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand.”
Betul ke, Anifah? Tetapi Malaysia telahpun meminta dakwaan terhadapnya digugurkan!
Anifah turut berkata bahawa pihak berkuasa NZ yang membenarkan Rizalman kembali ke Malaysia pada Mei lalu.
“Kementerian Luar bersedia melucutkan kekebalan diplomatik tertuduh bagi membolehkannya dihadapkan ke mahkamah di New Zealand.
“Ketika perbincangan pada 12 Mei, pihak NZ menawarkan alternatif bagi tertuduh dihantar pulang ke Malaysia. Bukannya, pihak kami mahu memandang ringan perkara ini.”
Begitukah Anifah? Dengan tersebarnya dokumen-dokumen ini, nampak berbeza pula. Anifah berkara perbincangan melibatkan suruhanjaya tinggi Malaysia di Wellington, timbalan ketua protokol Kementerian Hal-Ehwal Luar dan Dagangan NZ dan pegawai pasukan polis New Zealand.
Rizalman, pegawai waran dua daripada Kementerian Pertahanan ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia sejak tahun lalu. Dia ditangkap pada 9 Mei berikutan cubaan mencuri dan menyerang seorang wanita.
Dia mengekori wanita berusia 21 tahun ini ke rumahnya di Brooklyn pada 9 Mei semasa kejadian didakwa berlaku.
Anifah berkata kementerian pertahanan tidak akan teragak-agak bertindak ke atas Rizalman di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.
“Kerajaan Malaysia sedar perkara ini amat serius dan tidak berhasrat menyembunyikan perkara ini,” katanya.
Kementerian Pertahanan telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh sekembalinya ke Malaysia dan hasilnya memuaskan.
Rizalman kini menjalani pemeriksaan dan pemerhatian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan, kata Anifah.
“Walaupun kes terpencil, kerajaan Malaysia memandang perkara ini secara serius dan ia tidak menggambarkan sikap dan intergriti di kalangan pegawai diplomatik yang bertugas di luar negara.”
Beliau tidak memberitahu berapa lama siasatan akan dilakukan, sambil menambah bahawa pihak berkuasa NZ bersedia memberitakan segala bukti terhadap Rizalman.
“Mereka akan berkerjasama dengan pihak berkuasa NZ terutama pasukan polis bagi mendapatkan bukti. Yang penting, tertuduh akan dibawa ke muka pengadilan.”
Kes tersebut mencetus rasa kecewa di kalangan warga New Zealand kerana kegagalan mendakwa tertuduh berikutan serangan seksual.
Jadi selepas kemelut MH370, adakah kerajaan Malaysia belajar apa-apa tentang cara menangani hubungan antarabangsa?
Telahkah kerajaan belajar dari sejarah bahawa kebenaran hanya boleh disembunyikan daripada media tempatan tetapi bukan media asing?
Adakah rakyat Malaysia percaya dengan Anifah bahawa “Malaysia bersedia melucutkan kekebalan diplomatik tertuduh bagi membolehkan pendakwaan dibuat mengikut undang-undang NZ”?
Tindakan itu mampu menjimatkan wang dan masa bukan? Jika Rizalman tidak bersalah, biar dia diadili di negara itu. Apa nak ditakutkannya? - sumber

3 comments:

  1. Cari pasai dengan NZ, dia tuntut kos pencarian MH370 dibayar segera, panda boleh makan rumput sajalah.

    ReplyDelete
  2. jangan ingat besar sangat bila keja dengan kedutaan
    yang buat salah tetap diadili kecuali ada maaf dari mangsa
    nasib baik orang sana tak pukul mamat ni

    ReplyDelete
  3. Jangan terperanjat kalau nanti kita dengar berita mamat ni dinaikkan pankat jadi jeneral oleh Hishamuddin. Sama seperti dalam umno, mereka yang terlibat dengan jenayah seperti rasuah, pukul orang dan meraba punggung wanita dinaikkan pangkat jadi menteri dan duta.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa