Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 2, 2014

'Pergi mampuslah MCA': Ti Lian Ker Terjah Mamak Maidin

Ti berkata, Zainuddin lah yang mencontohi DAP dengan memanggil MCA dengan nama-nama  secara tidak senonoh, dan tidak sepertimana budaya halus dan adab 'Melayu Jati'.

Bila pulak Mamak ni jadi 'Melayu Jati'?

MCA hentam Zam kata 'pergi mampuslah MCA'
Pengerusi biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker hari ini mengecam tindakan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilaporkan berkata 'pergi mampuslah sama MCA'dalam satu serangan terhadap parti itu semalam.
 
Ti berkata, pemimpin Umno seperti Zainuddin lah yang memberi "tanggapan palsu" tentang Umno dan "memusnahkan semua kerja yang baik" oleh Umno, MCA dan lain-lain parti komponen BN.
 
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam dilaporkan berkata demikian ketika merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu yang diletakkan di pintu pagar wakil rakyat DAP, RSN Rayer.
 
Ti (kiri) meminta Zam memilih keutamaan beliau - sama ada BN perlu menerajui transformasi atau "membuang undang-undang" dengan menggalakkan intimidasi fizikal.
 
Menurutnya lagi, perbuatan mengutuk 'pergi mampuslah sama MCA' itu benar-benar tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas menteri kabinet.
 
Ti berkata, Zainuddin lah yang mencontohi DAP dengan memanggil MCA dengan nama-nama  secara tidak senonoh, dan tidak sepertimana budaya halus dan adab 'Melayu Jati'. - sumber

1 comment:

  1. Kami dahulu menyokong Tan Sri Zainuddin tanpa berbelah bahagi. Sudah sampai masanya Tan Sri pula menyokong kepimpinan BN sekarang sepenuhnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa