Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 2, 2014

Mengamuk Sakan Mamak Ni!

Zainuddin: Pergi mampuslah sama MCA, jika mahu menumpang tiket DAP

 | July 2, 2014
MCA tidak berterima kasih kepada PM yang telah mengambil mereka kembali ke kabinet, malah bersikap seperti 'gunting dalam lipatan'
zainuddinmaidinPETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin berkata MCA terus mengambil kesempatan untuk memperlihatkan sikap anti-kaum Melayu dan Umno apabila mendapat kesempatan terbuka.
Tegas beliau, MCA tidak mengubah sikapnya yang ingin mencari populariti di kalangan masyarakat bukan Melayu dengan menumpang landasan DAP.
“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula dan strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP, maka lebih baik bagi Umno membuat keputusan “pergi mampuslah sama MCA” dan mengambil DAP sebagai rakan.
“Lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal daripada musuh dalam selimut,” katanya.
Beliau yang juga bekas menteri kabinet merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil DAP, RSN Rayer.
“Walaupun telah dikembalikan ke dalam kabinet atas belas kasihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi mereka masih tidak insaf dan sebaliknya terus bermain dengan strategi lapok dan retrogresif.
“Bagi menunjukkan kejantanannya kepada masyarakat Cina, sebaik sahaja dilantik ke dalam kabinet, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan akan terus mengkritik kerajaan dan kemudiannya terus mengecam Zahid kerana mengatakan perbuatan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Rayer setimpal dengan mulut celuparnya yang mengatakan Umno celaka,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ini diikuti oleh Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker yang menyifatkan Zahid dengan kenyataannya itu seperti bersikap ‘arrogant dan apathetic’ dan mahu menggalakkan Malaysia menjadi negara tanpa undang-undang.
“MCA tidak ada idea baru untuk kembali menguasai pemikiran orang Cina. Kebijaksanaannya hanya memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP.
“Perbuatan ini menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit dan lidah bercabang atau talam dua muka,” ujarnya di dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com
Katanya lagi, MCA seharusnya sedar bahawa parti itu sememangnya tidak akan dapat menyaingi DAP dalam memainkan sentimen perkauman kerana MCA terikat dengan dasar komponen dan juga beberapa persetujuan bersama sejak sebelum merdeka untuk bersama dengan Umno.
“Malah dengan bermain atas landasan DAP, MCA telah meruntuhkan imejnya di kalangan masyarakat Cina.
“Bukankah lebih baik bagi MCA berkecuali dan berdiam diri dari menunjukkan sikap tidak sekatanya dalam perkara yang diketahui menimbulkan kemarahan orang Umno. Biarlah DAP yang memainkan peranan ini kerana itulah identiti mereka,” jelasnya.

1 comment:

  1. Mamak cendoi nie berani sebab yang kena kata tu UMNO macam mana kalu yang kena kata itu MCA ,GERAKAN atau MIC agak-agaknya adakah UMNO nak bangkit tolong mereka,jadi kalau UMNO kena fikiaq la tok sah dok buat kereja gila babi ,bila kena tang kita kita mengamok bila kena kat orang kita gelak,kepala lembu tu tak elok untuk ugama depa kita kena faham la tapi kata kita ni 1Malaysia satu Malaysia taik minyak apa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa