Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 8, 2014

Ptuiih......Dahlah Bohong, Ini Rupanya Pejuang Melayu Dan Islam

Bekas ketua hakim ‎tidak jujur, tidak pernah ditawar tempat MPPN, kata sumber
OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dikatakan tidak pernah ditawar menyertai Majlis Perundingan Perpaduan Negara. Gambar fail The Malaysian Insider

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad tidak jujur apabila berkata beliau menolak tawaran menyertai Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) kerana takut dilabel sebagai "pengkhianat" kepada orang Melayu dan Islam, kata satu sumber yang dekat dengan isu ini.
Hakikatnya, Hamid tidak pernah ditawarkan jawatan untuk panel MPPN," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
"Beliau sebenarnya ditawarkan jawatan pengerusi Jawatankuasa untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Sumber itu berkata, Putrajaya memberitahunya jawatan itu tidak diberikan sebarang faedah.
Kenyataan ini datang sehari selepas Hamid, yang mengetuai  Badan Perpaduan Nasional – majlis perpaduan yang ditubuhkan oleh kumpulan hak Melayu Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sebagai saingan kepada MPPN – berkata beliau diminta menyertai MPPN tetapi menolak kerana dikhuatiri digunakan pihak tertentu, yang mahu mengenepikan hak dan kedudukan Islam  dan Melayu di negara ini.
Hamid, yang merupakan ketua hakim negara selama setahun sehingga Oktober 2008, juga mendakwa Putrajaya diberi tugas merangka bil perpaduan kepada pembangkang, yang kini "mengambil alih" MPPN.
"Saya takut saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada orang Melayu dan Islam," kata Hamid.
Sebagai respon kepada pendedahan sumber itu, Hamid memberitahu The Malaysian Insider beliau mungkin tersalah faham mengenai jawatankuasa itu yang meminta beliau menjadi sebahagian daripadanya, tetapi menegaskan sebab menolak pelantikan itu adalah sama seperti dinyatakan sebelum ini.
Apabila ditanya mengenai dakwaan beliau menolak jawatan pengerusi JKMPKA kerana tidak ada faedah, Hamid berkata, beliau hanya bertanya sama ada terdapat faedah, dan tidak menuntutnya.
"Bagaimanapun, itu bukan sebab saya menolak jawatan itu. Sebab saya menolak adalah berdasarkan kepada apa yang saya katakan sebelum ini," Hamid memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temubual telefon semalam.
Sementara itu, Vincent Wong, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, mengesahkan Hamid tidak pernah ditawarkan menjadi pada panel MPPN.
Beliau juga mengesahkan Hamid ditawarkan menjadi pengerusi JKMPKA tetapi menolaknya.
Beliau, bagaimanapun, tidak mahu menyatakan sebab penolakan Hamid daripada jawatan pengerusi.
"Tun Hamid ditawarkan pada November tahun lalu memandagkan Datuk Azman Amin Hassan, pengerusi JKMPKA, bersara pada September, tetapi beliau (Hamid) menolak tawaran itu dan menyatakan sebab-sebab di dalam surat tetapi saya tidak mahu menyentuh soal itu," kata Wong.
Azman memegang dua jawatan pada masa itu – Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan juga pengerusi JKMPKA sehingga beliau bersara pada September.
Gandesan Letchumanan adalah ketua pengarah Jabatan Perpaduan Negara manakala Prof Datin Dr Azizan Baharuddin dilantik menjadi pengerusi JKMPKA bulan lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan MPPN pada 25 November 2013 yang ditugas merumuskan Rangka Tindakan Perpaduan Negara dalam tempoh dua tahun.
Seramai 30 anggota panel MPPN dilantik yang diketuai Tan Sri Samsuddin Osman;  Ahli Parlimen Parit Buntar PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee; aktivis Datin Paduka Marina Mahathir dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.
Berikutan kenyataan bekas ketua hakim, MPPN mengecam Hamid kerana mengkritik badan tanpa memahami peranan dan fungsinya dengan betul.
Ahli MPPN Mujahid, Saifuddin dan Lim berkata dalam satu kenyataan ia tidak pernah diperkenalkan sebagi puak pembangkang walaupun tidak semua ahli adalah daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
"MPPN ditubuhkan kerajaan dan pelantikan setiap anggota dan pengerusi itu dilakukan mengikut kriteria tertentu.
"Kita semua bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat yang jelas dan kita tidak berminat dalam orientasi politik rakan-rakan kami," kata mereka dalam satu kenyataan sebagai respons kepada  Hamid.
Bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan juga mengecam bekas ketua hakim itu dan berkata pandangan berat sebelah atau diskriminasi dinyatakan oleh hakim walaupun selepas persaraan, mencerminkan unsur negatif kepada badan kehakiman dan melemahkan persepsi orang ramai terhadap kebebasan mereka.
Beliau berkata, serangan Hamid mengenai MPPN yang memohon menyatukan semua rakyat Malaysia adalah malang, sambil menambah mereka yang benar-benar percaya dalam perpaduan Malaysia akan memberi MPPN peluang tetapi mereka yang memperjuangkan hak bagi hanya satu komuniti tidak akan menghargai tugasnya. – 8 Julai, 2014.

2 comments:

  1. Hamid yg dlm kecelaruan.apa ,nak drebar,keta dan gaji 10k.gila aper hamid nie.cey.....cover line.dasar pencacai munafik.pembohong.oi hamid....kubur kata mai,ingat ingat la skit.tak sedar kediri punya orang tua.

    ReplyDelete
  2. bebudak bahalol , makin banyak bila mula menongkat langit bukan menongkat liang lahat....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa