Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 8, 2014

Maka Berpencaklah Segala Juak Dengan Tingkah Sumbang!

Jadi siapa yang cetuskan isu pada mulanya?
Muhyiddin sendiri bukan?
Bila TPM yang buka gelanggang, yang bukan pendekar dengan langkah sumbang pun berani memijak gelanggang!
Sitepok pun berani berpencak

'Ya, Muhyiddin, negara menuju konflik kaum'
mk - 2:34PM - 8 Jul 2014
Ketika kontroversi ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung hubungan kaum berlarutan, sebuah NGO lantang tampil membenarkan timbalan perdana menteri itu.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berhujah, banyak bukti kukuh bagi membenarkan kenyataan Muhyiddin bahawa wujud tekanan demi tekanan ke atas kedudukan Islam.

Selain itu, terdapat juga perancangan rapi dan tersusun yang boleh mengakibatkan bangsa Melayu terpinggir dan merana di bumi sendiri, dakwa presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman.
ISMAweb melaporkan Muhyiddin (kanan) ketika berucap di sebuah majlis berbuka puasa di Melaka kelmarin sebagai berkata, akhir-akhir ini wujud tekanan demi tekanan daripada pelbagai pihak atas kedudukan Islam.

Ia antaranya seperti tindakan mempersoal kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan pelaksanaan undang-undang oleh Mahkamah Syariah.

Bercakap kepada laman web itu, Abdullah dilapor mengingatkan umat Islam agar sedar ancaman yang dihadapi dan “negara sedang menjurus ke arah konflik kaum”.

“Sememangnya terdapat bukti kukuh di mana pihak-pihak tertentu sedang memaksa kehendaknya ke atas orang Melayu Islam dan menafikan kedaulatan mereka serta hak-hak mereka yang dijamin perlembagaan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, tidak ada kontroversi dalam kenyataan Muhyiddin seperti didakwa DAP yang didakwanya cuba membayangkan Muhyiddin seorang “taasub dan pelampau dan anti bukan Melayu”, lapor ISMAweb.

Beliau sebaliknya menyalahkan DAP yang menurutnya melampau ekstrim serta lupa daratan dan didakwa memberi tekanan kepada Muhyiddin supaya disingkirkan daripada kabinet.

“Kecaman yang dibuat DAP adalah sebahagian daripada tekanan ke arah tersebut. DAP dan parti-parti Cina berselindung di sebalik slogan multiracial untuk memaksa kehendak mereka dan menidakkan hak-hak kaum Melayu dan Islam,” katanya.


Lagi tajuk berkaitanPensyarah selar ucapan 13 Mei Muhyiddin

3 comments:

  1. Kenapa suka salahkan orang lain? Kalau pemimpin2 sendiri bacul tentulah orang lain pijak.Kenapa islam dipandang lemah oleh orang lain? Sebab pemimpin2 islam sendiri tak menghormati islam. Judi, arak, rasuah, fitnah,simpan perempuan... adakah dibenarkan oleh islam? Tapi kenapa pemimpin2 melayu (islam?) ramai yang terlibat dengan benda yang dilarang oleh islam? Kenapa marah pada orang lain? Kenapa tak salahkan pemimpin2 melayu(islam?) ini.

    ReplyDelete
  2. ada kuasa tak tau guna nak salahkan orang lain
    kehendak Islam tak mau penuhi
    main kata kata sampai bila

    ReplyDelete
  3. I've been surfing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours.
    It's pretty worth enough for me. Personally, if all webmasters and
    bloggers made good content as you did, the
    internet will be much more useful than ever before.

    my web-site: web site ()

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa