Siapakah daripada jenis makhluk yang mengetahui niat di dalam hati seseorang?
Cuma bagi Raja Azmi pula kenapa harus dilaungkan perubahan dirinya di dada akhbar?
Itulah sebabnya mungkin keikhlasannya dipertikaikan.......
Ada Pihak Masih Pertikaikan Raja Azmi Bertudung
Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 3:01 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
Raja Azmi tidak kisah dengan sebarang persepsi umum mengenai keputusannya untuk bertudung.
Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, bagaimanapun berkata, dia reda dengan segala persepsi buruk yang diberikan kepadanya kerana dia yakin Tuhan lebih mengetahui niatnya untuk berubah.
"Persepsi orang, kita tak boleh nak bendung dan saya tak risau pun jika masih ada lagi yang mahu mempersoalkan niat saya berhijrah.
"Macam mana saya nak nafikan bahawa keputusan berhijab adalah kerana mahu membuat bisnes tudung? Sedang itu yang saya rasakan ketika itu, hasrat bertudung dan berbisnes datang seiring.
"Saya lebih risau dengan persepsi Allah terhadap diri ini. Yang penting Allah tahu saya ikhlas," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Raja Azmi, kritikan yang diberikan oleh segelintir pihak tidak pernah membuatkan dia berkecil hati sebaliknya lebih bersikap positif untuk berdepan dengan setiap perkara.
Sementara itu, ditanya pula mengenai kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini, Raja Azmi berasa gembira kerana ini adalah pertama kali dia berpuasa bersama suami baharunya, Mohd Eddie Ghazali.
"Ini merupakan Ramadan fasa kedua saya di mana yang pertama adalah ketika bersama bekas suami saya dahulu iaitu Jalani Sidek dan kemudian fasa kedua pula saya berpuasa tanpa suami. Ketika itu rasa sedih saja lebih-lebih lagi apabila mahu berbuka puasa.
"Dan pada fasa ketiga ini, Alhamdulillah, Allah memberikan kebahagiaan untuk menjalani Ramadan dengan Eddie bersama lima orang anak kami (dua daripada merupakan anak Eddie daripada perklahwinannya terdahulu).
"Saya berharap agar kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila," ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, bulan Ramadan turut menjadi satu keistimewaan buat keluarganya kerana dia akan memasak pelbagai juadah kegemaran anak-anaknya seperti kari hijau, sambal daging dan kupang serta sayur Sabah.
"Saya ini bukanlah seorang yang suka memasak. Kadang-kadang sebulan hanya dua hingga tiga kali sahaja saya akan ke dapur.
"Tetapi apabila tibanya bulan Ramadan, saya akan rajin sikit untuk memasak dan anak-anak pun seronoklah," selorohnya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa