Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 12, 2014

Terbalik Kot: Tapi Di Malaysia Korang Harus Percaya

Kenapa siasat saya, kata Sanjeevan selepas dedahkan skandal seks pegawai polis
OLEH LEE SHI-IAN
Published: 12 July 2014
Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan ingin tahu sebab beliau disiasat polis akibat pendedahan skandal seks seorang pegawai kanan polis. 

Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan hari ini mempersoalkan mengapa dia yang harus disiasat selepas mendedahkan skandal seks pegawai kanan polis.
Sanjeevan berkata kepada The Malaysian Insider dia menerima surat dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua Polis Negara bertarikh 8 Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang.
"Pendedahan saya melalui MyWatch dikira sebagai berniat menghina seseorang," katanya merujuk kepada surat itu.
Bagaimanapun, Sanjeevan enggan bekerjasama kerana percaya polis mahu melindungi kes dan pegawai kanan polis berkenaan.
"Malah, saya juga percaya polis cuba mencari siapa yang mendedahkan maklumat itu kepada saya dan MyWatch."
Sanjeevan berkata jika dia menyerahkan semua bukti dan dokumen berkaitan kepada polis, ia akan dimusnahkan dan kes akan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
"Skandal seks ini akan dilupakan bersama dengan kes berprofil tinggi lain.
"Saya ingin tahu mengapa pegawai polis yang terlibat tidak disiasat malah saya yang menjadi tumpuan?"
Sanjeevan berkata dia sudah pun menyatakan mahu bercakap sama ada dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes ini atau pun kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Saya dah dimaklumkan oleh pihak ketiga yang Khalid tidak mahu berjumpa saya.
"Jika pihak berkuasa telus mahu membersihkan pasukan polis, mereka akan berjumpa saya," katanya. – 12 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa