Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 4, 2014

Woo......Perkasa Serang KDN Pulak!

Walau pun KDN yang diserang tapi masih lagi bernada perkauman....

Mana dia KPI banteras jenayah, soal Perkasa kepada KDN
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 3 July 2014
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menggesa Kementerian Dalam Negeri membentangkan KPInya kerana aktiviti judi dan pusat hiburan semakin menular

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentangkan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) kementerian itu dalam membasmi jenayah.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata penularan aktiviti mesin judi haram, rumah urut dan pusat hiburan yang merosakkan moral dan akhlak anak muda perlu segera mendapat perhatian kerajaan.
“Mana dia hasil KPI membanteras jenayah. Rakyat mahu tengok tindakan berkesan dan bukan retorik dengan cepat melenting bila ditegur atau dikritik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Isnin mengakui kekurangan tempat menyimpan barang rampasan menjadi punca operasi mesin judi di sekitar Lembah Klang tidak dapat dilakukan secara kerap, lapor The Rakyat Post.
Ketua pengarahnya, Datuk Muhammad Amin Nordin Abd Aziz berkata, mesin judi yang dirampas bertimbun di dalam stor rampasan untuk dijadikan bukti pendakwaan di mahkamah dan sebahagiannya tidak dituntut pemilik meskipun kes selesai disebut di mahkamah.
Sehubungan itu, Ibrahim menggesa usaha menyeluruh KDN, polis dan jabatan yang berkaitan agar mengadakan sidang kemuncak bagi membincangkan permasalahan itu.
Katanya, tindakan segera bersama badan bukan kerajaan yang prihatin boleh turut serta dalam kemuncak itu.
“Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, jabatan agama dan lain-lain agensi berkaitan hendaklah mengadakan sidang kemuncak segera.
“Ini bagi menangani mesin judi haram, spa, rumah urut dan pusat hiburan yang mengancam moral dan ketenteraman awam,” katanya.
Beliau turut menyelar parti politik yang masih berdiam diri untuk menangani isu ini kerana takut kehilangan undi.
“Parti politik pun berdiam diri takut hilang undi. Siapa dan kaum mana yang banyak terlibat dalam kegiatan haram? Atau takut untuk bertindak?” katanya. – 3 Julai, 2014.

2 comments:

  1. Elleeehh.katak dah bunyii.lama x kena hujan kerrrr...kena ujan nanti senyap laaaa...dr dulu sampai skrang.ong ongg jer katak neh.yer..dr berjasa umngok semangat 46 umngok bebas mesra pas mesra umngok hadoiiii.bnyk tol.spesis katak haper neh...

    ReplyDelete
  2. Hi, Neat post. There's a problem with your web site in internet explorer, would
    check this? IE nonetheless is the marketplace leader and a
    big component to other people will omit your magnificent writing due to this problem.


    Also visit my website ... nouveauclashofclanstriche.blogspot.com ()

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa