Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 3, 2014

Kini ISIS mahu musnahkan Kaabah, apa kata Perdana Menteri?

KOMEN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentu menyesal menggunakan kumpulan militan sebagai contoh keberanian.
Najib mendesak Umno mengambil contoh keberanian militan Negara Islam Iraq dan al-Sham (ISIS) baru-baru ini. Kini, kumpulan itu mengancam akan memusnahkan Kaabah di Makkah.
Pejabat Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa ucapan Najib tidak menunjukkan sokongan beliau terhadap ISIS. Di samping itu, Malaysia menganggap ISIS sebagai kumpulan pengganas dan telah menangkap ahli-ahli ISIS yang didakwa berada di negara ini.
Bagaimanapun, ini tidak menyebabkan Najib dilihat tidak bersalah kerana membuat kenyataan tidak bertanggungjawab itu, terutamanya selaku pemimpin negara yang wajar menekankan kesederhanaan. Terdapat banyak lagi contoh keberanian yang boleh digunakan Najib selain kumpulan militan seperti itu.
Akhbar The Huffington Post pada 2 Julai melaporkan kumpulan ISIS berkata, mereka akan memusnahkan Kaabah di Mekah dan membunuh sesiapa yang mengunjunginya, sebagai isyarat perjuangann mereka.
Ini bukan tentang mempertahankan Islam, tetapi penguasaan dunia. Mungkin sedikit sebanyak seperti filem Bond 007 tetapi ini benar-benar berlaku di dalam dunia hari ini.
Minggu lepas, ISIS menguasai setiap sempadan di antara Iraq dan Syria, serta beberapa bandar dan pengkalan tentera di wilayah selatan Iraq.
ISIS mengumumkan penubuhan sistem khalifah, di mana ketuanya Baghdadi diberi kuasa penuh di dalam urusan pentadbiran umat Islam.
Jurucakapnya Abu Mohammad al-Adnani berkata sistem khalifah merupakan impian semua umat Islam dan harapan pejuang syuhada.
AP melaporkan kumpulan militan itu kini memegang kuasa yang menyaksikan Iraq dibelenggu krisis terburuk selepas pengunduran tentera Amerika pada Disember 2011.
Menurut laporan The Huffington Post itu, ahli kumpulan ISIS yang menggelar diri mereka Negara Islam, telah mengumumkan akan memusnahkan Kaabah di kota suci Makkah.
APA, yang mewakili ISIS menjelaskan di dalam laman sesawangnya, mereka akan memusnahkan Kaabah selepas menawan Arab Saudi.
Ahli ISIS Abu Turab Al Mugaddasi dilaporkan media Turki sebagai berkata: “Jika ia kehendak Allah, kami akan bunuh sesiapa yang menyembah batu di Makkah dan memusnahkan Kaabah. Orang ke Makkah bagi menyentuh batu dan bukan kerana Allah.”
Diberitakan, ISIS bercadang menawan kota Arar, Arab Saudi berhampiran sempadan Iraq. Jaraknya sejauh 15 jam perjalanan dari kota Makkah.
Jika ini benar-benar kenyataan ISIS, ia amat memeranjatkan kerana ISIS ingin meningkatkan penyertaan ahli daripada serata bumi Islam dengan membentuk sistem khalifah.
Najib perlu menerima nasihat setiausaha agung DAP Lim Guan Eng agar menarik balik saranannya supaya Umno mencontohi ISIS kerana tindakan yang dilakukan kumpulan pengganas itu.
Beliau tersilap mengangung-agungkan ISIS malah PAS turut menyelar kenyataannya bahawa keberanian ISIS perlu dicontohi. - sumber

17 comments:

  1. Kalau datang berita dari munafik, hendaklah diselidiki dulu kesahihannya.Yang beri berita tu ialah The Huffington Post, nama pun dah bunyi Yahudi.Nak percaya ke? Janganlah jadi manusia tolol yang sentiasa diperdaya oleh musuh2 islam.

    ReplyDelete
  2. Propaganda
    Sekarang harga minyak dah melambung
    Amerika & Kuncu2 tidak akan membazir utk ke Iraq lg
    Perencanaan Allah SWT mengatasi segalanya
    Demokrasi adalah Dajal ciptaan barat
    Sekarang kerajaan Najib sibuk2 nk tangkap pejuang? Islamik kah?
    Konon hubungan baik dgn China
    Tapi China menindas muslim di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol sedara.nak puasa pon x bagi..tp kita siap bg mkn free lg kat panda 2 ekor tuhhh..aduhaiiiii..

      Delete
  3. Ingat orang Islam sejahil Abrahah nak runtuhkan kaabah... Bodohnya hantu puting post tu...

    ReplyDelete
  4. hihi..
    Amerika hantar tentera nak bantu.. korg hina macam2.. ada niat tersembunyi la.. apalah.. dorg keluar pun korang hina mcm2.. baik tak payah bantu negara2 arab islam tu.. dorg yg nak sgnt amerika kluar biar extrimist islam jer yg rule..
    cuba korang baca ttg berita2 isis
    diorang dah menakluk beberapa kota d selatan.. klu korang x percaya xpe.. tunggu dan lihat..

    ReplyDelete
  5. BAGI NASIHAT TAK JADI.
    KALAU DAH BODOH + GOBLOG+ JAHIL+MUNAFIKIN, ISLAM CAKAP DIA TAK AKAN IKUT.
    KALAU KAPIR CAKAP TERUS PERCAYA.
    DALAM HATINYA DAH ADA PUPUK IBLIS.
    ANGGAPLAH NASIHAT MULIA ANDA YANG TAK MENJADI SEBAGAI JIHAD.

    ReplyDelete
  6. kita sbagai islam perlu meneliti daripada hadis nabi dan alquran..skrg zaman penipuan terbesar.

    ReplyDelete
  7. Bezakan yg hak dan yg batil

    ReplyDelete
  8. Ikutilah Sunnah Nabi Muhammad SAW dan fahamilah kandungan isi Al Quran.

    ReplyDelete
  9. FAHAMI Kata kata ISIS. mereka akan musnahkan kaabah jika org yang dtg ke mekah bukan semata-mata kerana Allah. Manusia sekarang lebih mengejar nama bergelar haji dari mendapat haji mabrur. Niat kan datang ke mekah untuk beribadat, bukan untuk mencukupkan rukun Islam semata-mata.

    ReplyDelete
  10. Najib perlu menerima nasihat setiausaha agung DAP Lim Guan Eng agar menarik balik saranannya supaya Umno mencontohi ISIS kerana tindakan yang dilakukan kumpulan pengganas itu.

    (NASIHAT? LGE PON SESAT NAK NASIHATKAN ORG PULAK)

    ReplyDelete
  11. Tunggu dan lihat hsilnya..

    ReplyDelete
  12. Nampak sang at pro kerajaan

    ReplyDelete
  13. Tnda bsr kiamat yg sye pernah dgr...org islam akan brgabung untuk menghpuskn yahudi dan nasrani...dan selepas menang...al-masih dajjal akn mncul ..adakah ini tndanya yg sedang brlaku..dan patut ke digelar islam begitu jika mahu meruntuhkn kaabah..

    ReplyDelete
  14. Ni mesti dri puak syi ah ni..islam terbaLIK hapus dosa dgn mencederakn diri.. ade ke patut...

    ReplyDelete
  15. ISIS ni pekakas Yahudi, mereka berbunuhan sesama Islam, yang menjadi mangsa juga orang Islam, malahan orang bukan Islam yang tak bersalah pun jadi mangsa juga.

    Jihad itu ada adabnya, bukan membunuh orang sesuka hati. Macam Saidina Ali sendiri, pernah dalam satu peperangan, dia berlawan dengan hebat dengan musuh, kemudian dia berjaya menjatuhkan musuh itu dan hendak menikamnya, kemudian sebelum sempat menikam, musuh itu meludah muka Saidina Ali. Saidina Ali tak jadi bunuh musuh itu, musuh itu bertanya, pasal apa tak bunuh dia, Saidina Ali menjawab, dia berjihad kerana Allah, kerana nak pertahankan agama Allah, bukannya kerana marah sebab diludah, sebab itulah dia bersabar tak jadi musuh itu kerana dia sedang marah kerana diludah, dia tidak mahu mencemarkan kesucian jihad itu sendiri.

    Lihatlah ISIS, tembak orang sesuka hati, tangkap orang itu, tangkap orang ini, tak kiralah musuh ke apa ke, tapi dalam Islam, ada adab dalam berjihad atau berperang, tak boleh bunuh musuh yang tak berdaya, tangkap dan tawan dia sudahlah, bukannya bariskan musuh depi lubang dan tembak sampai mati mereka itu dan kambus mereka seperti kambus sampah, kerana nyawa manusia itu ada nilai pada Allah Taala, jangan sesuka hati bunuh orang kerana itu dosa yang besar.

    Kalau benar ISIS ini ikut ajaran Islam, dia tak akan bersikap ganas sedemikian rupa, kerana samada orang Islam atau tidak Islam, nyawanya adalah berharga pada pandangan Allah sebab Allah yang memberikan nyawa itu kepada mana-mana manusia tak kira Islam atau tak Islam, takkan dengan mudahnya nak bunuh orang sesuka hati pula?

    Kaji sejarah Islam dan lihatlah apakah Nabi Muhammad dan para sahabat berperang macam ISIS ini ke? ISIS ini berperang tak ikut syariat, mengajar orang melakukan dosa. Sedaralah semua.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa