Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 2, 2014

Akibat Buat Perjanjian Dengan Yahudi, 91 Lagi Rakyat Palestin Dibunuh!

91 rakyat Palestin terbunuh, gencatan senjata di Gaza gagal
2014/08/02 - 08:41:59 AM
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh dan 350 lagi cedera dalam serangan tentera Israel selepas gencatan senjata di Gaza gagal apabila Israel terus melancarkan bedilan. 

Dalam serangan udara sepanjang malam tadi dan berterusan awal pagi ini di Rafah, 19 penduduk Palestin dilaporkan maut. 


Daripada jumlah itu, 15 mangsa termasuk lima kanak-kanak berusia antara 3 dan 12 tahun daripada satu keluarga maut apabila rumah mereka musnah akibat ledakan bom Israel. 

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Acjraf al-Qodra, berkata lima lagi penduduk Palestin terkorban dalam dua serangan berasingan kereta perisai Israel di Rafah. - AFP 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa