Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 9, 2014

Aku Setuju - Inilah Pengikut Setia Parti

'Barulah rambut tak putus Tepung tak rosak'
Tapi kenapa Khalid degil?
Adakah Khalid menggunakan kedudukan MB untuk melindungi sesuatu?

'Ikut arahan parti macam saya'
mk - 2:00PM - 9 Aug 2014

Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meneladani beliau dengan menerima arahan parti untuk berundur daripada jawatannya.

Lee berkata Khalid sudahpun maklum dengan arahan untuk berundur seawal Januari tahun ini lagi selepas satu pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia bersetuju untuk melakukannya jika beliau tidak digantikan dengan Azmin Ali," kata Lee kepada Malaysiakini.

Menurut Lee, keingkaran Khalid bermula pada tahun 2009 – setahun selepas Pakatan mengambil alih Selangor – apabila menteri besar itu enggan menurut keputusan parti.

"Malah, kami kecewa sebenarnya dengan ketiadaan sebarang tindakan dari parti terhadap Khalid," kata Lee lagi.

Menurut bekas ADUN itu, Khalid juga mempunyai perangai suka menggambarkan pemimpin PKR lain sebagai individu yang mudah dirasuah – dan ini menyebabkan mereka marah.

3 comments:

  1. Saya memang suka cara orang Cina ber fikir ,, matang dan professional.

    Khalid buat perangai macam sorok benda tapi kontol dah kena pegang nih.

    ReplyDelete
  2. Sikap membazir & membuang masa rakyat mengundi semata2 memenuhi nafsu pemimpin utk poket kroni amat memalukan PR.

    Aku berani cakap, kalo PRUN selangor di adakan, 60% BN pasti menang & PR tunggu la 50 tahun lagi utk rampas PR. Masa rafizi dah usia 60-70 tahun pulak nak rebut jwtn MB..

    Fikirkanlah....nak tukar MB bole, tp biar alasan logik. Bukan setakat dengar arahan yg membabitkan rugi jutaan ringgit & membuang masa rakyat.

    ReplyDelete
  3. Bocor rahsia..dulu kata lepas jawatan atas sebab lain..skang kata lepas jawatan kerana anwar suruh..erm..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa