Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 1, 2014

Dah Tersepit Tuduh Orang Lain Pulak!

Yang aku peliknya, dia yang tulis tapi menafikan itu adalah pendirian dia
Pastu tuduh orang lain dan palitkan DAP pulak.....
Pada aku, sindir tak sindir pun itu adalah dirinya!

Satu lagi yang aku heran, apa masalah dan kesilapan Khalid sehingga dia nak digugurkan?
Nampaknya 'Langkah Kajang' dah jadi 'langkah sumbang'!

Zuhdi: Bocor kerana bantah Langkah Kajang
mk - 2:11PM - 1 Aug 2014

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa individu yang membocorkan satu perbualan kontroversi di kalangan anggota PAS Pusat berbuat demikian kerana tentangannya terhadap projek Langkah Kajang.

Tanpa menamakan sesiapa, Zuhdi mendakwa perbuatan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertindak terhadap beliau.

"Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu," tulisnya di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa "analisis senario" yang dibentangkannya dalam perbualan di aplikasi WhatsApp yang bocor itu hanyalah satu sindiran, dan tidak mewakili pandangannya sendiri.

Menurutnya, ia adalah olahan semula ke atas perasaan yang disuarakan sesetengah pihak dalam PAS yang merasakan parti itu kini tunduk kepada DAP.

Individu dalam kumpulan perbincangan tersebut juga tahu bahawa ia berunsur sindiran, katanya.

"Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya sebab saya tidak berada dalam senarai ahli perbincangan yang menyokong (agar PAS) keluar (dari) Pakatan Rakyat.

"Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu.

"Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur imaginatif dan sarkastik tersebut –  melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor," katanya.

3 comments:

  1. Bila DOKTOR hanya sekeping kertas jamban , maka kualiti nya juga sesuai tuk najis /taik saja....

    ReplyDelete
  2. PKR BERGOLAK
    PAS TERJAH
    DAP MELATAH
    BN SENYUM DAH

    ReplyDelete
  3. Kah....kah....kah....nak terkentot polak aku...best nye....
    Orang lama 1957

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa