Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 4, 2014

Gaza: Kita Seru Masyarakat Antarabangsa Tapi Apakah Usaha Yang Kita Dah Buat?

Gaza: Masyarakat antarabangsa perlu mainkan peranan
diKuala Lumpur- 03 Aug 2014 (1 day ago)

MALAYSIA menggesa masyarakat antarabangsa supaya memainkan peranan yang lebih berani bagi melindungi dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan menamatkan pertumpahan darah di Gaza.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Malaysia mahu negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersau (UNSC) untuk bersatu dan bertindak tegas bagi menamatkan segera pencerobohan terang-terangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
"Masyarakat antarabangsa juga termasuk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
"Malaysia juga menggesa Amerika Syarikat dan rakan sekutunya supaya segera menuntut Israel menghentikan kekejamannya ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Adalah dilaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Gaza berkata angka kematian meningkat 1,732 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan lelaki yang berumur manakala 9,152 orang cedera semasa serangan tentera Israel ke atas penduduk Gaza sejak 8 Julai.
Muhyiddin berkata pembunuhan tanpa belas kasihan ke atas orang awam oleh tentera Israel adalah jelas tindakan keganasan dan jenayah perang yang boleh dihukum mengikut undang-undang antarabangsa.
"Dengan apa jua cara sekalipun, saya menggesa pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan," katanya sambil mengutuk sekeras-kerasnya ke atas pasukan tentera Israel yang terus menerus melakukan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Muhyiddin berkata Malaysia telah menuntut agar Israel segera menghentikan segera pembunuhan kejam beramai-ramai dan perbuatan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza, Palestin. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa