Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 2, 2014

Lebih 100 Rakyat Palestin Terbunuh, Seorang Tentera Yahudi Hilang

Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh, seorang askar Israel hilang
AFP |Kemas kini:Ogos 02, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 02, 2014 11:27 MYT)

Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh, seorang askar Israel hilang
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk melindungi orang awam Gaza.
BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 107 penduduk Palestin terbunuh and seorang askar Israel hilang, disyaki ditangkap, berikut kegagalan genjatan senjata yang dipersetujui pada Jumaat antara Israel dan Hamas.

Serangan berterusan sepanjang malam, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin mati di bandar Gaza di Rafah sahaja dalam satu siri serangan udara Israel pada waktu tengah malam sejak (2100 GMT) Jumaat.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa agar askar Israel yang hilang itu dibebaskan "tanpa syarat" dan juga berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk melindungi orang awam Gaza.

Pertempuran intensif pada hari Jumaat dan awal Sabtu, itu berlaku selepas genjatan senjata yang dirancang selama tiga hari itu, gagal selepas hanya beberapa jam.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin Acjraf al-Qodra , angka kematian di sebelah Palestin telah meningkat kepada 107 manakala 350 orang cedera.

Lima belas daripada mangsa, termasuk lima kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun, datang dari keluarga yang sama, katanya.

Hampir 1,650 rakyat Palestin, sebahagian besar daripada mereka orang awam, telah terbunuh dalam 26 hari sejak konflik ini bermula, kata Qodra. Di pihak Israel pula, 63 askar dan tiga orang awam telah terbunuh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa