Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 1, 2014

Machiavelli PAS? - Wawasan Dikaburi Oleh Keinginan Untuk Mencapai Kuasa Dengan Apa Jua Cara.

Ulama PAS pandang penyertaan dalam Pakatan dari sudut praktikal
AD - 04:00PM Ogos 01 2014

KOMEN PEMBACA: Sebuah rencana baik yang menganalisis keadaan dan melakukan perbandingan dengan perebutan kuasa Kelantan tahun 1977 apabila Umno merampas negeri itu.
Namun kali ini ia agak berbeza. Tidak syak lagi Umno merencanakan isu kalimah Allah dan rampasan Bible, tetapi ianya jelas kepada pemerhati bersahaja sekalipun bahawa Umno mempunyai niat yang tidak baik.
Jadi untuk mendakwa bahawa PAS dan sekutunya telah jatuh ke dalam perangkap adalah hanya separuh dari keseluruhan cerita.
Kenyataannya adalah golongan ulama dalam PAS tidak pernah begitu berminat untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR. Bagi mereka ia adalah sebuah tindakan yang praktikal, selagi ia menguntungkan mereka. Ungkapan "jangka panjang" tidak berada dalam kamus mereka.
Selain daripada permulaan yang goyah, realitinya adalah dalam politik semuanya adalah tentang kuasa (dan keuntungan kewangan, sudah tentu). Sejak PRU 2008, Umno telah menunjukkan bahawa puak tertentu dalam PAS bersedia untuk berunding.
Tetapi pada masa itu, Tuan Guru Nik Aziz mempunyai pengaruh yang amat besar, dan cakap-cakap persepakatan PAS-Umno selepas itu malap begitu saja.
PAS kecewa dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, dan Kedah sebelum itu. Mereka merasakan mereka kalah kerana ahli mereka hanya mendapat perlantikan jawatan kecil. Mereka enggan menerima hakikat bahawa dalam model demokrasi seperti yang digunakan kita, majoriti yang dapat memerintah.
Dan yang memburukkan lagi imej mereka, mereka menutup peluang mereka, apabila gagal mentadbir Kedah dengan baik.
Pandangan sempit sesetengah pemimpin dan penasihat PAS adalah sukar dipercayai. Pendapat saya adalah wawasan mereka dikaburi oleh keinginan untuk mencapai kuasa politik dengan apa jua cara.
Apa yang digelar sebagai pilihan yang dicadangkan oleh Zuhdi PAS dalam kebocoran mesej WhatsApp itu berkemungkinan besar merupakan pendapat yang diusahakan oleh beberapa tokoh, atau tokoh-tokoh, kanan PAS yang lain.
Tetapi ia memberitahu kita banyak perkara. Pertama sekali ia mengesahkan terdapat sekumpulan ahli kanan PAS yang sanggup berpakat dengan Umno.
Kedua ia juga memberitahu kita bahawa perangkap ini telah dipasang Umno, yang mensasarkan kepada kumpulan ini.
Ketiga ia juga memberitahu kita bahawa keinginan untuk berkuasa ini begitu berleluasa, sehingga kumpulan ini sanggup mengorbankan kredibiliti PAS dan prinsip Islam.
Keempat, ia juga memberitahu kita bahawa golongan ini tidak jujur, kerana mereka akan menggunakan isu kehilangan kuasa politik Melayu dan ancaman kepada Islam yang dicetuskan oleh Umno, sebagai sebab untuk berpaling tadah dengan Umno. Namun, ianya jelas kepada semua bahawa tidak apa-apa ancaman kepada Islam atau orang Melayu Islam yang membentuk 70% daripada keseluruhan populasi. Kita hanya perlu melihat komposisi kaum DAP, PKR dan PAS bahawa orang Melayu dan orang Islam melebihi bilangan orang bukan Islam dalam DAP dan PKR.
Sebab-sebab yang ditawarkan oleh puak pro-Umno dalam PAS hanyalah untuk mengaburi. Ia akan gagal dalam ujian kejujuran apabila keadaan dikaji dengan teliti.
Kebenaran adalah menyakitkan tetapi penelitian yang jujur dan tidak berkias ​​akan menjadikan segala-galanya jelas.
Oleh itu isu perpecahan Pakatan atau perpecahan dalam PAS hanyalah melibatkan satu perkara yang jelik: rasa tamak. Faktor ini sentiasa menjatuhkan sesiapa pun.
Sekarang kita lihat bagaimana ianya akan berakhir. Yang rugi adalah kita – rakyat. Dan tanpa mengira kaum dan kepercayaan, kita sentiasa mahukan sesuatu yang adil: Untuk hidup dalam keamanan, keharmonian dan kemakmuran. – Sam Wijaya
Arh: Jika Hadi Awang dan sekutu beliau menyimpan hasrat untuk menarik PAS keluar dari Pakatan untuk bersama Umno, biarkan sahaja.
Tiada siapa yang menghalang dan meminta-minta mereka untuk kekal. Ia adalah hak mereka. Malah, adalah lebih baik bagi pemimpin-pemimpin PAS untuk mengisytiharkan pendirian mereka dan bertindak sekarang dari bermain taqqiyah (pembohongan Islam), yang boleh menyebabkan banyak masalah dan malapetaka kepada Pakatan, jika Pakatan mengambil alih Putrajaya selepas PRU14.
Mesej sulit Zuhdi adalah rahmat bila mana ia mendedahkan agenda tersembunyi PAS, dan mempamerkan PAS sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai yang rela mengkhianati dan menikam rakan-rakan di belakang apabila peluang muncul untuk menghalalkan cara bagi mencapai matlamat – semuanya atas nama agama dan bangsa (bukan rasa tamak?).
Tolonglah Hadi Awang, Zuhdi dan pengikut mereka, tanpa Taqqiyah, tarik parti Islam anda keluar dari Pakatan. Kami tidak mahu unta seperti anda berada dalam khemah kami, yang boleh menyebabkan masalah kepada kami di kemudian hari. Ada baiknya Pakatan mengalami kesusahan dan kekecewaan sekarang, daripada kemudian apabila ia terlalu lewat.
Kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain ahli bukan Islam BN, saya pasti anda akan mengalu-alukan dan menerima ahli baru ‘abang long’ anda UMNO iaitu PAS.
Akhirnya kini anda mampu untuk duduk dan berbincang dengan abang long Umno dan abang-tiri PAS tentang bagaimana untuk menyebarkan Islam, melaksanakan undang-undang hudud, menegakkan ketuanan Melayu, mewajarkan dan menghalalkan rasuah kelas atas, memberikan lebih banyak ruang dan pengaruh kepada Perkasa dan Isma untuk melindungi bumiputera dan Islam yang diancam dari parti-parti pembangkang dan orang bukan Islam dan pendatang, dan banyak lagi. Dengan bantuan anda, anda akan diberi ganjaran serdak dan sisa-sisa.
Anda harus berterima kasih kepada abang long anda. Apa lagi ‘you’ mau?
Dengan kerjasama anda, anda boleh membantu Umno dan PAS untuk mencapai matlamat mereka.
Kepada ahli-ahli bukan Islam BN, sedarilah maksud singkatan nama Umno - U Must Never Object (jangan sekali-kali anda bangkang)! Hahaha!
Selain keraguan bahawa PAS adalah rakan yang tidak boleh dipercayai, yang sanggup mengkhianati dan menikam rakan-rakannya dari belakang.
Ulasan-ulasan ini diberikan pembaca rencana “A PAS fallout in Pakatan is win-win for Umno and MB Khalid”.

3 comments:

  1. Menuduh Pas menikam sahabat dan tidak jujur beralaskan mesej sulit Dr Zuhdi adalah satu tanggapan melulu dan memperlihatkan kejahilan politik. Tunjukkan satu parti yang tidak membuat perancangan apabila timbul sesuatu isu yang boleh memberi impak kuat terhadapnya. Parti yang tidak membincang dan mempersiapkan dirinya dari segenap sudut adalah parti tolol. Adakah DAP, PKR, Umno dan lain2 cuma duduk diam melihatkan keadaan kelamkabut yang ditimbulkan oleh PKR di Selangor? Malang bagi Pas perancangan sulit tersebut dibocorkan oleh pen khianat2 munafik dalam JK Pas dengan niat jahat supaya pemimpin2 Pas dimusuhi.Pengkhianat2 inilah sebenarnya petualang2 jijik yang amat gilakan kuasa dan mungkin mereka adalah anjing2 suruhan yang berpura2 sangat sayang pada Pas.Dan mengaitkan isu usaha Pas menyebarkan Islam dengan MCA dan MIC; kita juga berhak bertanya adakah usaha2 Pas ini mendapat restu dari PKR atau DAP? Perlu ingat Pas bukan parti yang ketagih kuasa; kita telah banyak kali turun naik mendapat kuasa; dan kerap kali kehilangan kuasa... pernah tengok pemimpin2 Pas melatah, baling kerusi, pukul orang? Kalau Pas gilakan kuasa, jawatan MB Selangor itu telah lama dipegang oleh Pas melaui kerjasama dengan Umno. Jangan terlalu taksub mending jari kepada Pas kerana bukan Pas yang mencetuskan masalah yang timbul sekarang! Dan dengan perangai yang ditunjukkan oleh PKR hari ini, impian untuk ke Putrajaya adalah ibarat jauh panggang dari api.

    ReplyDelete
  2. PAS cuba nak menangguk di air keruh, ketidak professionalan Presiden menyebabkan isu ini berlarutan...kemudian mmburuk2kn ahli parti lain. PAS cuba dibawa ke zaman PAS 80an.

    ReplyDelete
  3. PAS cuba nak menangguk di air keruh, ketidak professionalan Presiden menyebabkan isu ini berlarutan...kemudian mmburuk2kn ahli parti lain. PAS cuba dibawa ke zaman PAS 80an.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa