Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 11, 2014

Pendirian PAS Yang Tidak Ada Paksi!

Sekali gitu, sekali gini

Apakah hujah PAS menolak Wan Azizah?
Aku pun nak tahu juga apakah pandangan dan alasan mereka menolak Wan Azizah dan meminta dinamakan calon lain?

Yang aku nampak PAS terkial-kial mencari alasan mewajarkan sokongan mereka terhadap Khalid dan menolak Wan Azizah dan tentunya hujah syarielah yang akan digunapakai walau pun bagi PAS sendiri pada aku kadang-kadang nampak dwi-standart

Maaf....aku bukan sokong Wan Azizah, Azmin atau Khalid sebab aku tidak ada hak pun untuk menyokong kerana aku bukan rakyat Selangor dan bukan menjadi ahli mana-mana parti yang bertelingkah di DUN Selangor. Aku hanya inginkan hujah yang boleh diterima akal.

Krisis meruncing, peluang Azmin muncul kembali?
mk6:32PM - 11 Aug 2014

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih berpeluang menjadi menteri besar baru Selangor walaupun partinya mencalonkan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Peluang Azmin, pengkritik awal pentadbiran Khalid, dilihat masih terbuka untuk mendapatkan sokongan PAS untuk ke jawatan itu.

Ini ekoran pendedahan bahawa PAS sedia menarik balik sokongan kepada Khalid tetapi meminta nama baru sebagai calon penggantinya.

Malah, daripada sudut hierarki, Azmin merupakan pemimpin paling kanan dalam PKR selepas Azizah, yang menganggotai Dewan Undangan Negeri. Beliau juga pengerusi PKR Selangor.

Malaysiakini difahamkan, dalam mesyuarat semalam di kalangan pemimpin atasan PAS, mereka sepakat bersama Pakatan Rakyat dan menarik balik sokongan pada Khalid ekoran pemecatannya daripada PKR.

Perkara itu dikatakan antara empat lagi keputusan dicapai semasa mesyuarat itu.

PAS bagaimanapun difahamkan mahu PKR mencalonkan nama lain untuk mengisi jawatan itu dan bukannya Azizah.

Keputusan itu bagaimanapun belum mengambil kira perkembangan hari ini, di mana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Khalid untuk kekal di jawatannya.

PAS hanya akan membuat kata putus selepas mesyuarat jawatankuasa pusat untuk memuktamadkan pendirian mereka.

Keadaan itu sekali gus meletakkan tekanan di bahu PKR untuk mengemukakan nama baru untuk pertimbangan rakan komponen Pakatan Rakyat.

Justeru, jika PAS dapat berdiri teguh di belakang Azmin, anggota parlimen Gombak dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu mampu tampil sebagai calon mapan untuk jawatan itu.


8 comments:

  1. drp pilih azmin, 100 kali lebih baik pilih TSKI

    ReplyDelete
  2. PAS parti lemah dan tiada kredibiliti , yang ada hanya lah serbab serban melilit meeka hingga gagal jadi waras.

    PAS akan pupus dalam PRU14 kerana Melayu dinasor tiada lagi wujud menyokong buta PAS.

    ReplyDelete
  3. PAS pun kena ingat kebanyakan kawasan undi yang menang tipis disokong oleh india dan Cina.Kelantan pun sekarang dah 50-50 Dan Sebab TSKI tak jadi bubar Adun sebab UMNO tak yakin Undi sekali lagi boleh menang.PAS kena ingat mainan politik UMNO .tak serik lagi ke dok kena tipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DUN kelantan PAS 32 dan umno 12.ooooo.......50/50.baru ler aku tahu.ini baru betul dipanggil komen cerodik buah pelior.

      Delete
  4. PAS dah pegang Kelantan kenapa sibukkan Selangor pula. Geng UG takbir Kelantan baik2 jgn sampai PRU14 nanti terlepas kpd umno pula. Jgn sibuk dgn ceramah aje, pembangunan pun rakyat mahukan rasa nikmatnya.

    Jgn sampai rakyat muak dgn politik rebut jawatan aje.

    ReplyDelete
  5. Yang jelas PAS MEMANG NAK JOIN AMENO.........SELAMAT MAJU JAYA BERSAMA ZIONIS MALAYA, HJ. HADI BUNTUT NKO MENJADI IDAMAN NOH UDANG DAN RAKAN RAKAN SEWAKTU DGN NYA........KITA TUNGGU DAN LIHAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen dari dna umporno.komen jahil murakab.saper ler budak nie ug gagal di didik ilmu keagamaan.

      Delete
  6. PAS pulak yang lebih2
    PAS mmg power di bawah almarhum ustaz fadzil noor
    tapi PAS akan berpecah di bawah hadi awang
    tunggu la saat itu
    hadi awang ni mmg kemaruk nak jadi menteri
    perasan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa