Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 9, 2014

Nasruddin Lagi!

Sebenarnya aku dah naik muak dengan segala kerenah dan kong-kalikong PAS ni
Dengan PKR dia siku, dengan DAP dia sekeh......
Ape ker jadahnya dibandingkan antara Khalid dan Guan Eng?
Pada aku beza besarnya adalah Khalid ambil tanah rakyat dan Guan Eng ambil dasar laut kepunyaan ikan dan ketam!

Rasanya PAS dah boleh keluar Pakatan dan bergabung dengan UMNO 
Sekurang-kurangnya ada kuota jadi menteri
Dapatlah juga tunaikan hasrat Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa untuk mengukuhkan kuasa Melayu dan memperkuatkan Islam acuan UMNO
Mungkin juga boleh mendiamkan ISMA dan Brehim Ali

Perkara yang boleh ditaya dan minta penjelasan di belakang tabir tetapi apa tujuannya sebenarnya diwar-warkan seantero Malaysia?
Bersetiakawankah begitu?

DAP bidas Nasruddin tiru skrip Umno, persoal setiakawan PAS dalam Pakatan
OLEH MD IZWAN
Published: 9 August 2014
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata serangan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu terowong dasar laut nampaknya sama dengan gaya serangan yang dilakukan Umno dan BN. – Gambar fail, 9 Ogos, 2014. 

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi dibidas DAP hari ini kerana dilihat meniru skrip Umno apabila mempertikaikan pembinaan terowong di Pulau Pinang baru-baru ini.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membidas tindakan wakil rakyat PAS itu yang didakwanya mengulang
skrip lama yang sebelum ini dipakai Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menyerang pentadbiran Lim Guan Eng.
"Serangan dan fitnah terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu terowong dasar laut yang menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney nampaknya sama sahaja dengan gaya serangan yang dilakukan Umno dan BN," kata Lip Eng
Kenyataan Nasrudin itu juga dipersoalkan ketika BN sendiri tidak lagi membangkitkan isu tersebut, katanya.
"Malah, Umno dan BN serta pesuruh-pesuruhnya sendiri pun tidak menyerang aspek ketelusan projek itu."
Lip Eng juga mendesak Nasrudin supaya jangan masuk campur urusan negeri lain, sebaliknya memfokuskan di negeri Pahang, kawasan Parlimen yang diwakilinya.
"Kenapa Tantawi pula begitu gigih menyerang dan mempersoal rakan politik sendiri?
"Susah sangatkah untuk memeriksa fakta daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya rakan-rakan PAS di Pulau Pinang? Adakah Umno dan BN di Pahang sudah begitu suci dan cemerlang hingga Tantawi harus memilih untuk menghalakan serangan ke Pulau Pinang?" soalnya.
Lip Eng juga mempersoalkan tindakan Nasrudin ketika Pakatan sedang berdepan saat getir waktu ini, khususnya krisis yang melanda di negeri Selangor menggugat persefahaman antara satu sama lain.
"Saya terkejut dengan tindakan Nasrudin yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur, di saat fitnah-fitnah lain sedang mengancam silaturrahim Pakatan Rakyat," kata ahli DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.
Membangkitkan soal setiakawan Nasrudin dan PAS dalam Pakatan, Lip Eng berkata mereka sepatutnya menjaga hubungan dan bukannya mengeruhkan keadaan lagi.
"Seharusnya kita saling menjaga hubungan setiakawan, bukannya membangkitkan fitnah-fitnah yang sudah lena," kata beliau.
Dia juga menyeru PAS membantah kenyataan Nasrudin tersebut, kegagalan melakukannya akan mengikis komitmen terhadap persaudaraan dalam Pakatan.
"Saya menyeru rakan-rakan di dalam PAS supaya tidak berdiam diri, dan menyuarakan bantahan masing-masing terhadap fitnah yang ditimbulkan oleh Tantawi.
"Berdiam dan redha terhadap fitnah ini pasti akan dilihat mengikis komitmen PAS terhadap persaudaraan Pakatan dan menambah syak wasangka orang ramai terhadap keikhlasan tahalluf siyasi mereka," katanya.
Nasrudin mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kecaman ekoran projek Lebuhraya Kidex, namun Lim tidak dikenakan apa-apa tindakan berhubung pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Nasrudin berkata, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. – 9 Ogos, 2014.

8 comments:

  1. Tak peliklah... bekas ketua pemuda PAS ni memang semacam ada bau-bau UG... jadi kalau tindakan dia macam UMNO jangan peliklah.

    ReplyDelete
  2. sokong sangat ARTIKAL ini,apakah parti islam ada agenda sulit ? belakang tabir ada sok sik ? kena main atau dikelentong gerombolan umporno atau kesungguhan gerombolan UG ? ABU !

    ReplyDelete
  3. Bodo punya Melayu. Buat malu aku aje n tercemar nama Islam.

    ReplyDelete
  4. Entah apa masalah nya dgn sesetengah pemimpin PAS.suka sangat berpublisiti.kekadang mengutarakan statement yg memecahbelah ikatan PR.jgn hanya kerana seorang dua yg bersikap dungu,habis semua pimpinan PAS dicerca.dan percaya lah setiap parti PR terdapat insan saperti ini.bukan setakat PAS sahaja.cuma kejahatan mereka tak terserlah.

    ReplyDelete
  5. Boleh tak jgn panggil parti islam, just sebut pas cukup. Rasanya beliau tak sampai ke tahap dakwah parti islam (entah, apa yg dia buat utk islam tak tahulah. Mungkin dah berjaya mengislamkan ribuan org bukan islam ke agama islam atau berjaya memertabatkan islam dlm masyarakat, wallahu a'alam). Malu dengan orang bukan islam, sembang dengan praktikal berbeza sekali. Mulut manis, hasad bersarang dihati Munafik tahap tertinggi, kalah zionis yahudi.Kena masaklah esok dalam neraka, jangan kena masak sebelah firaun sudahlah.....

    ReplyDelete
  6. huhu...makin terserlah pulak..sikap kemunafikan tuu!....ya ustaz din...bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  7. PAS Parti Melayu Bahalol , selagi bahalol selagi itu lah tak maju...

    PAS bahalol sebab pemimpin nya Bodoh/ Benggap.

    Yang Nasruddin ini sebiji dari ber puluh puluh yang Bahalol...

    Memang lah memalu kan Bangsa Agama jaja jaja Islam sana sini tapi bagi contoh Bahalol.

    Apa kah agama ini agama tuk si Bahalol , tapi kalau kafir lahanat tengok macam yea saja ; macam mana nak tarik kafir lahanat minat Islam kalau mamat mamat yang ada contoh TOYE.

    tak lama PAS kluar Pakatan punyea , mana ada orang waras nak kawan bebudak benggap malas yang nak makan free saja....

    ReplyDelete
  8. This is a good tip especially to those new to the blogosphere.
    Simple but very precise information… Thank you for
    sharing this one. A must read article!

    Feel free to surf to my page :: hgh advanced

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa